Kumpulan popular Pop Rock antarabangsa, Panic! At The Disco (PATD) mengumumkan mereka sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan, selepas 20 tahun bersama.

Perkara tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan itu, Brendon Urie, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut vokalis yang popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedies itu, kini adalah waktu yang tepat untuk mereka membawa haluan masing-masing selain dirinya juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarga tercintanya.

‘No More Panic!’ Panic! At The Disco Umum Bubar Selepas 20 Tahun Bersama

“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.

Ads

“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perialanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkard ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga ini sangat mengujakan buat saya. Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Brendon menitipkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan itu, dari seawal penubuhannya hingga ke hari ini.

Ads

‘No More Panic!’ Panic! At The Disco Umum Bubar Selepas 20 Tahun Bersama

“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya menyusun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.

“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” ujarnya panjang.

Ads

Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.

‘No More Panic!’ Panic! At The Disco Umum Bubar Selepas 20 Tahun Bersama

Sekadar informasi, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits Panic! At The Disco ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram rasmi PATD

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI