Just admit it guys. Korang semua pernah lakukannya bukan? Screenshot dari Instagram Story (IG Story) sudah jadi perkara biasa terutama bila ingin dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Dan biasanya yang selalu menjadi sasaran ialah selebriti dan instafamous yang kacak, cantik dan jelita. Ataupun crush korang yang selama ini hanya diperhatikan dari jauh saja.
Tapi selepas ini korang harus berhati-hati kalau tak pasti ketahuan! Hehe.
Kenapa? Well, Instagram kini sedang menguji feature baru di mana ia akan memberikan notifications kepada user jika IG Story mereka telah di-screenshot.
WHATT?
Bagaimana notifications itu bertindak?
Jelas mereka, jika perkara tersebut berlaku, user akan diberikan notification menerusi Direct Message. Amaran pop-up akan keluar di paparan skrin utama menyatakan “Next time you take a screenshot or screen recording, the person who posted the story will be able to see it”.
OMG! Nampaknya bukan sahaja foto tetapi screen recording (dalam bentuk video) juga tidak terlepas!
Feature terbaru ini dikatakan mempunyai persamaan dengan sebuah lagi apps popular, Snapchat,
Buat masa sekarang, ia masih belum diberikan kepada semua user. Hanya sesetengah user sahaja diberikan fungsi ini terlebih awal kerana Instagram ingin mendapatkan respons awal. Ia mungkin akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa terdekat!
Senarai notifikasi siapa yang melakukan screenshot
juga akan dipamerkan di bahagian data IG Story (bila tap seen by di bawah penjuru kiri). Dengan feature baru ini, ikon shutter akan menunjukan siapa yang melakukan screenshot tersebut.Nampaknya no more stalking and screenshoot la ya! Hiks!
Apa pendapat korang tentang feature yang bakal diperkenalkan ini?