Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi berkongsi pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura sepanjang menjalani penggambaran karya Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Berkata kepada Remaja, mereka memuji kebaikan ibu kepada dua cahaya mata itu dengan menyifatkan mempunyai akhlak yang amat baik dan tinggi.
Sementara itu, Hazwani sempat menceritakan antara momen manis yang diingati ketika berada di set penggambaran tersebut saat Fazura menegurnya.
Ads
“Masa ni Kak Ja (Heliza) tak sampai lagi, semua pelakon otai dah ada jadi saya rasa segan. Tiba-tiba Fazura dari jauh dia datang tegur saya ‘Hazwani’, dia sebut nama pun saya rasa macam nak terbang.
“Selepas itu itu dia kata pada saya ‘You have a very big aura’.. Masya-Allah, dia sangat humble. Sepanjang sesi penggambaran tu Fazura memang sangat banyak membantu kami, malah dia dah macam kakak kami.
Ads
“Seorang yang sangat-sangat supportive. No wonder orang kita ramai yang menyayangi Fazura, akhlak dia sangat baik,” katanya ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, Heliza turut menzahirkan perasaan teruja apabila diberi peluang untuk bergandingan bersama pasangan selebriti terkenal, Fazura dan Fattah Amin.
“Ya betul kami rasa sangat bersatu, semoga Allah merahmati Fazura, seronok bergandingan dengan mereka suami isteri ini, Fazura dan Fattah,” tuturnya.
Ads
Selain Fattah Amin, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah turut dilakonkan oleh pelakon Amir Ahnaf, Nur Fazura, Heliza Helmi dan Syazwani Helmi. Manakala OST filem tersebut dinyanyikan oleh penyanyi, Faizal Tahir.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi-jadi pula kes rokok elektrik dan vape, isu ini menjadi hangat balik selepas susulan beberapa kes yang melibatkan remaja dan kalangan pelajar termasuk murid sekolah rendah hingga menimbulkan keresahan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru-guru.
Kerajaan mula membuka mata dansemakin memandang serius perkara berkaitan isu e-rokok. Buktinya baru-baru ini kerajaan mengeluarkan larangan penjualan kepada individu bawah 18 tahun .
Bukan itu sahaja, semua jenis produk rokok sama ada konvensional dan elektronik di negara ini menetapkan garis panduan sama iaitu dilarang keras dalam kalangan murid serta pelajar sekolah menunjukkan pihak kerajaan memandang serius usaha ini
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pihaknya menggubal perundangan baharu dan kini di peringkat penelitian Jabatan Peguam Negara dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
“Kita menyedari wujud kajian terkini yang menunjukkan kesan sampingan susulan penggunaan rokok elektronik dan vape, termasuk beberapa kematian yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).
“Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk meneliti semula keperluan dalam menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Beliau percaya dengan usaha ini kerajaan dapatmembendung penjualan produk berkenaan dalam kalangan pelajar. Selain, mempertimbangkan langkah penguatkuasaan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.
Tambah beliau langkah mengenakan cukai terhadap penjualan vape di pasaran tidak wajar mengetepikan aspek kepentingan menangani isu kesihatan yang terbukti bakal merudum jika produk sedemikian terus dibiar berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar.
Pihak kerajaan memandang serius perkara ini demi memastikan kesihatan remaja dan rakyat Malaysia berada pada tahap optimum lebih-lebih lagi dari segi kesihatan kardiovaskular.
Remaja sokong tindakan kerajaan ni..!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika batuk atau terbersin, dah jadi kebiasaan kita pasti akan menutup mulut dan hidung bukan? Tapi sebenarnya korang tahu atau tak kenapa kita lakukan tindakan sedemikian?
Menurut Dr. Suhazeli di laman twitternya, sekali korang batuk jumlah titisan cairan rongga mulut dan hidung (droplet) boleh menjangkau keluar sejauh 8 meter. Kelajuan droplet tersebut 80 km/j yang menghamburkan sebanyak 3000 droplets.
Bila seseorang individu itu bersin pula, ia boleh mencecah sejauh 6 meter. Kelajuaannya 160 km/j dengan sekali hamburan sebanyak 100,000 droplets. Droplets tersebut akan kering dan berkeliaran di persekitaran maksima selama 10 minit.
Bukan itu sahaja, virus atau bakteria yang keluar bersama droplets akan hidup sehingga beberapa ketika juga. Antaranya adalah seperti berikut:
Campak: 2 jam
Tuberculosis: 6 jam
Influenza: 24 jam
SARS: 48 jam
Pertusis: 3 hari
MersCoV: 4 hari
Difteria: 7 hari hingga 6 bulan
2019-nC0v: Dalam kajian
Oleh sebab itu, adalah penting untuk seseorang individu tersebut mengamalkan etika menutup mulut/hidung atau memakai mask dengan betul semasa dalam keadaan batuk atau bersin.
Ada segelintir yang tidak tahu untuk menutup mulut dan hidungnya ketika batuk dan bersin. Ini yang menyebabkan virus dan bakteria tersebar kepada orang lain. Jaga adab ketika batuk dan bersin. Jangan sembur atas muka kawan-kawan atau kenalan walaupun dengan niat ingin bergurau.
Take note dan jangan ambil ringan ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...