Nobita Dah Nak Kahwin, Peminat Terharu Lihat Poster Filem Terbaru Doraemon

Share

Siri kartun Doraemon merupakan antara animasi popular yang diminati dan ditonton oleh kanak-kanak zaman 90-an. Setiap hari Sabtu jam 7 malam, pasti mereka sudah bersedia dihadapan televisyen untuk menonton siri animasi Jepun ini.

Kejayaan Doraemon bukan hanya pada siri televisyen sahaja, malah kartun comel ini juga telah berjaya dibawa ke pawagam dan menghasilkan beberapa buah filem daripadanya.

Foto: scifijapan.com

Terbaru, sebuah lagi filem Stand by Me Doraemon 2 yang merupakan sekuel kepada filem yang dilancarkan pada 2014 bakal menemui penonton pada Februari ini.

Stand by Me Doraemon 2 mengisahkan tentang Nobita yang telah berjaya mengubah masa deppannya menjadi lebih baik dan bernikah dengan Shizuka. Namun, kerana putus asa, dia memutuskan untuk kembali dengan nenek kesayangannya yang meninggal dunia ketika dia masih di tadika.

Foto: scifijapan.com

Neneknya gembira apabila Nobila telah kembali ke masa lampau dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bakal pengantin perempuan cucunya.

Sementera itu, Nobita yang bakal bernikah dengan Shizuka diserang penyakit serangan panik dan melarikan diri ke masa lalu untuk bertemu dengan Doraemon kerana takut jika dia bukan orang yang tepat untuk Shizuka.

Foto: otaquest.com

Haih, Nobita ni daripada kecil sampai besar memang kalut kan. Haha!

Apa yang menarik perhatian peminat adalah Nobita bakal berkahwin dengan Shizuka. Ramai yang meninggalkan komen-komen lucu kerana kartun zaman kanak-kanak mereka pun bakal berkahwin, namun mereka masih lagi single.

Malah, ada juga yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka sewaktu menonton siri animasi ini.

Mesti ramai yang dah tak sabar nak menonton filem sekuel ini kan? Rasanya ia akan ditayangkan di Jepun. Di Malaysia tak tahulah bila. Sama-sama kita nantikan.

Published by
Noor Ain Norman