Nokia Lancar Enam Model Telefon Bimbit Baharu Dengan Harga Serendah RM370

Share

Jenama telefon bimbit Nokia pernah menjadi antara pilihan favorite pengguna di Malaysia kerana ketahanan dan model yang hadir dengan pelbagai rekaan menarik. Namun, hari demi hari jenama antarabangsa ini seperti sudah hilang taringnya kerana tidak dapat mengekalkan ‘takhta’ sebagai pilihan jenama telefon bimbit yang diguna oleh masyarakat ramai.

Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi wujud dan kini telah melancarkan enam model telefon bimbit, disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah. Khabarnya, HMD Global turut mengekori trend Apple dan Samsung dengan tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.

Foto: HMD Global

Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700) dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Model paling C untuk harga paling rendah, model G untuk pertengahan dan X bagi model paling premium.

Antara fokus pemasaran model G10 dan G20 adalah bateri yang tahan selama tiga hari dan model premium X20 pula hadir dengan kamera Zeiss.

The Nokia X10 and X20 (Foto: engadget)

Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700).

Jenama Nokia sebelum ini pernah menduduki takhta pembuat telefon No.1 dunia, namun menjual bahagian telefon bimbitnya kepada Microsoft pada 2014.

HMD Global mendapatkan hak mengeluarkan telefon bimbit dengan jenama Nokia pada 2016.

Published by
Noor Ain Norman