Hobi & Minat

Noor Kumalasari Bangga Anak Tamat Pengajian, Saksi Usaha Anak – “He Work So Hard…”

Share

Seniwati Noorkumalasari menzahirkan kesyukuran apabila anak lelaki bongsunya, Wan Mohammad Yusof berjaya menamatkan pengajian Bachelor in Graphic Design (Hons) Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) di MSU baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN : “Fashion Show Sekarang Straight Forward, Dulu Model 70-an Kena Feel The Dress..” – Noor Kumalasari

Noor Kumalasari Bangga Anak

Berita gembira itu dikongsikan pelakon Wanita Terbaik (Drama TV), Anugerah Seri Angkasa pada 1984 dan 1991 itu menerusi sebuah hantaran dilaman rasmi msumalaysia.official.

 

@msumalaysia.official Anak Primadona Noor Kumalasari Graduan MSU Majlis Konvokesyen MSU ke-34 The 34th MSU Convocation Ceremony Wan Irfan Nurul Atiq Bin Wan Mohd Yusoff Bachelor in Graphic Design (Hons) Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE) @msumalaysia.fise #noorkumalasari #artisMalaysia #ArtisLegend #trending #hitsong #popular #nostalgia #lagu80an90an #retro #musicvideo #lagu #song #1982 #hatiseorangkekasih #anitaserawak #penyanyi #pelakon #80s #90s ♬ Notice Me – Guchi & Loud Behaviour

‘Definitely I am proud of my son, he work so hard di rumah. Kadang-kala sampai tidak tidur. Saya jenguk pukul 4 pagi pun masih working.

“Dia komited dan dedikasi kepada tugasannya. Saya sangat bangga dengannya hari ini dengan pencapaiannya yang diraih,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Irfan pula menzahirkan pengajiannya di MSU memberi satu pengalaman yang sangat berharga.

“Lakukan apa yang anda fikirkan dan berhenti daripada sikap terlalu berfikir (overthinking).

“Kalau boleh, buat sesuatu secara berperingkat iaitu lakukan (perkara) untuk hari pertama, kedua dan seterusnya. Itu lebih mudah,” katanya menerusi TikTok MSU.

Rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat keluarga Noor Kumalasari atas kejayaan puteranya.

Sekadar info, Noor Kumalasari berkahwin dengan suaminya pada tahun 1990 dan dikurnaiakn tiga lagi cahaya mata iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq. Selain itu, primadona tinggi lampai itu juga memiliki seorang anak lelaki, Abdul Qayyum daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber: TikTok

BACA LAGI : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana