Pelakon terkenal, Datin Rebecca Nur Al Islam, meluahkan rasa syukur dan menamakan anak ke-enamnya setelah genab berusia lapan hari.
Rebecca sebelum ini selamat melahirkan bayi seberat 2.71 kilogram di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat 12 Mei 2023. Terbaru, menerusi hantaran di Instagram mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
“Di pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bayi saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan.
Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameen”– tulis Rebecca di Instagram
Dedah Wajah Penuh Bayi Lelaki Lepas Berpantang
Tambahnya lagi, Rebecca turut menjelaskan bahawa dia bakal mendedahkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.
Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.
Memang unik-unik nama anak Rebecca ni, apa-apapun tahniah kami ucapkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.