Juara Qariah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut telah pun dilantik sebagai ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022, sekali gus menjadi ikon paling muda.

Pelantikan ini dianggap sebagai tanggungjawab besar untuk berdakwah kepada golongan muda dan dia turut menjelaskan akan tetap meneruskan usaha berkongsi ilmu taranum dan bacaan Al-Quran di media sosial berikutan semakin ramai golongan muda yang meminatinya.

Farhatul turut berkongsi, dia akan berusaha menarik minat golongan muda mencintai Al-Quran melalui media sosial berikutan kebanyakan daripada mereka gemar dan aktif dalam media sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube.

Remaja ini juga merupakan pelajar Tahun Dua, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan membahagikan masa dengan jadual sistematik selepas dilantik sebagai Ikon Dakwah YADIM.

Ads
Nor Farhatul Dilantik Sebagai Ikon YADIM Paling Muda, Tarik Minat Remaja Cintai Al-Quran
Instagram: @farhatulfairuzah

Sebagai seorang pelajar, dia juga perlu memberi tumpuan kepada pelajaran disamping tugas pengacara sambilan di sebuah stesen televisyen.

Jelasnya lagi, misi sebagai pendakwah muda bukan sesuatu yang mudah dan berikrar memberi sumbangan terbaik kepada golongan muda dan masyarakat luar.

Ads

Tahniah kami ucapkan kepada Farhatul atas pelantikan ini dan semoga anak muda ini dapat menggalas tanggung jawab dakwah dengan baik, terutamanya kepada golongan remaja.

Ads

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI