Noraniza Idris Cipta Sejarah MALAYSIA, Penari Persembahan Tarian Tradisional Paling Ramai

Share

Sedang kita sibuk terikut dengan lagu dan tarian K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ewa Bule’ Diangkat Di Luar Negara, Meremang Bila Anak-Anak Mat Salleh ‘Perform’ Dikir Barat

Noraniza lebih mesra disapa Kak Ani cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama Malaysia dan etnik kreatif.

Terbaru, penyanyi yang popular dengan lagu Dikir Puteri itu melangkah setapak kehadapan apabila melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

Sebahagian daripada 565 penari yang mengiringi persembahan Noraniza.

Disertai Pelajar Sekolah dan Pelajar UPM

Mengikut laporan, acara yang berlangsung di Dataran Merdeka itu disertai oleh 565 orang terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia.

Malah, kesemua peserta itu turut menarikan tarian asas tradisional mengiringi persembahan Kak Ani menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua buah lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama durasi tujuh minit.

Usaha Noraniza memartabatkan kesenian tradisi mendapat pengiktirafan MBOR.

Mengulas mengenai kejayaan melakar rekod terbabit, Kak Ani menghela nafas lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.

Inisiatif Kak Ani

Acara persembahan ini diiktiraf dan disahkan oleh Yang Teramat Mulia, Dato’ Mohammed Abdullah, Undang Luak Johol, Penaung Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise”.

Acara ini dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan di kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan luar negara yang berperanan sebagai aktiviti tarikan pelancong untuk terus bercuti ke Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan Malaysia.
Objektif utama acara mencipta rekod ini adalah untuk mengangkat semula Irama Malaysia sebagai salah satu agenda kempen #SaveIramaMalaysia agar terus dekat di hati generasi pelapis melalui aktiviti perbengkelan dan pensijilan aktiviti kokurikulum yang melibatkan merit peserta pelajar.

Usaha ini adalah salah satu inisiatif Kak Ani selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Program Mencipta Rekod Terbaharu merangkap pengasas & penggubal modul Program CSR Pelancongan Seni dan Budaya “Malay World Cultural Paradise” menerusi Persatuan Tatihseni Malaysia.

Dalam masa sama, Kak Ani berharap agar acara seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan dengan lebih serius dan irama Malaysia tidak terus hilang dalam jiwa anak-anak generasi pelapis sebagai keberlangsungan usaha menyemai semangat patriotisme sebagai halwa jatidiri rakyat Malaysia secara tidak langsung.

Bagus usaha Kak Ani mempertabatkan warisan tarian tradisional Malaysia ini. Tabik spring juga pada yang terlibat, you guys did a good job!

BACA: UNESCO Iktiraf Songket MALAYSIA Sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana