Selain itu, Norreen juga berkongsi dia mendapat sokongan yang kuat daripada suami tercintanya iaitu Razzi Razak untuk terus istiqamah dalam berhijab.
“Pertama sekali, saya rasa selamat dan gembira. Saya juga rasa lebih yakin apabila tampil berpakaian sebegini. Saya gembira dengan penampilan ini.
Ads
“Sudah pastinya suami saya sangat menyokong saya untuk teruskan istiqamah dalam berhijab. Kemanisan itu biar di rumah sahaja, jadi dia pun okey dan tidak cakap banyak malah dia senyum sahaja,” katanya.
Dikenali dengan seloroh rawaknya di media sosial, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memaklumkan dia akan mencuba untuk mengurangkan penggunaan kata-kata kesat dan tidak sepatut seperti sebelum ini.
Selanjutnya, Norreen sempat menitipkan kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang masih baru sahaja dalam fasa penghijrahan berhijab.
Ads
“Saya masih orang yang sama, cuma kita kurangkan carutan itu. Kalau boleh tak mahu dah. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya rasa sudah tidak perlu lagi untuk mengeluarkan kata-kata begitu.
“Ketawa pula, saya minta maaf sangat-sangat. Saya betul-betul cuba untuk kawal ketawa saya. Untuk yang baru sahaja berhijab seperti saya, teruskan dan kekalkan istiqamah itu.
“Dapatkan juga orang sekeliling yang dalam penghijrahan juga dan sentiasa yakin yang diri kita akan kekal istiqamah. Kita boleh lakukan, Allah itu ada,” ujarnya panjang.
Ads
Terdahulu, Norreen memaklumkan dirinya telah mengambil keputusan untuk mengenakan tudung dan telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di Instagram.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata wanita berhijab tidak boleh aktif dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki? Walaupun melakukan aktiviti-aktiviti lasak, namun aurat masih tetap perlu dijaga. Setuju?
Nora al-Matrooshi adalah salah satu contoh yang membanggakan wanita berhijab di seluruh dunia. Nora dipilih daripada lebih daripada 4,000 calon untuk mengikuti Kelas Calon Angkasawan 2021 NASA di Amerika Syarikat dan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya dua orang dipilih.
Berita gembira ini diumumkan di Twitter oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Mohammed bin Rashid al-Moktoum pada hari Sabtu, 10 April 2021. Wanita yang dilahirkan pada tahun 1993 secara rasmi menjadi angkasawan Arab wanita pertama di dunia. Hanya 65 wanita dari seluruh dunia yang pernah berada di angkasa lepas, dan Nora al-Matrooshi sedang dalam perjalanan untuk menjadi yang ke-66.
Pemilihan Nora al-Matrooshi untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan angkasa ini menjadikannya salah satu inspirasi untuk menjadi angkasawan Arab wanita pertama di dunia.
1. Menurut laporan Vogue Arabia, Nora al-Matrooshi dilahirkan pada tahun 1993 di Sharjah City, Emiriah Arab Bersatu. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2015 dan lulus dengan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
2. Nora kalahkan lebih daripada 4,000 peserta untuk dilatih dalam misi penerokaan angkasa yang dianjurkan oleh NASA.
3. Nora adalah ahli Persatuan Jurutera Mekanikal Amerika. Dia kini bekerja sebagai jurutera di National Petroleum Construction Company yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
4. Nora al-Matrooshi adalah pengurus projek untuk Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi.
5. Nora menduduki tempat pertama di UAE dalam Olimpik Matematik Antarabangsa pada tahun 2011.
6. Nora al-Matrooshi dipilih untuk Program Duta Belia UAE 2013 di Korea Selatan.
7. Nora, kini berusia 27 tahun, berkhidmat sebagai wakil UAE di Persidangan Belia Antarabangsa PBB pada tahun 2018 dan 2019.
8. Setelah menyukai ruang sejak kecil, Nora al-Matrooshi gemar melihat bintang dan menikmati pemandangan cakerawala pada waktu malam. Dia juga suka pertunjukan bintang dan pelajaran ruang di sekolahnya.
Baru-baru ini, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo dipelawa oleh bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia.
Menurut jaguh seni bela diri campuran (MMA) berkenaan tidak hanya kagum dengan bakat yang dimiliki anak jati Sarawak itu tetapi menganggap Johan sebagai atlet yang berbakat dan sedia memberi sokongan jika beliau berhasrat untuk beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
“Saya tahu beliau masih muda dan pejuang yang hebat. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Beliau ada memberitahu saya bahawa beliau mahu beralih ke MMA setelah selesai dengan sukan yang diceburinya sekarang.”
“Jika beliau mahu beralih ke MMA, beliau dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan untuk meningkatkan kemahiran gustinya. Kehadirannya sentiasa dialu-alukan,” kata Khabib dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad semalam.
Bercakap mengenai landskap sukan tempur di Malaysia, Khabib yang kini berusia 36 tahun disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022 berkata, Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat yang mampu mencapai ke tahap dunia.
Jelasnya, jika Malaysia mahu melahirkan juara MMA bertaraf dunia, negara perlu membina asas yang kukuh melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, menjadikan kejayaan Dagestan sebagai rujukan.
“Saya mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan saya sedar tentang atlet berbakat dan jaguh Muay Thai yang anda miliki ketika ini. Tetapi Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat terbaik MMA,” katanya.
Tambah Khabib, “Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.”
“Untuk membangunkan atlet di peringkat tertinggi, anda perlu membina sistem yang kukuh hasil gabungan atlet yang baik dan jurulatih yang cemerlang,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sabah seringkali menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dalam dan luar negara yang inginkan percutian bersaksikan keindahan alam semula jadi. Biasanya, pelancong akan melawat pulau-pulau di negeri itu, selain menikmati kehijauan alam sekitar.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna. Tidak dinafikan, tempat-tempat ini sememangnya menarik namun terdapat sebuah lagi bandar di tepi pantai yang kurang dikenali, iaitu Kudat.
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah. Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki nothernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya. Hiks!
Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu. Selamat bercuti. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...