Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman memaklumkan anak perempuannya, Ellen sekali lagi menjadi mangsa buli di sekolah, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kakinya.

Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu mendedahkan kejadian tersebut membuatkan anaknya menjadi trauma sehingga hilang selera makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Santai Apabila Kena ‘Body Shaming’, Norreen Iman Syukur Berjaya Didik Anak Dengan Baik

Norreen Iman Luah Rasa Kecewa, Dedah Anak Perempuan Sekali Lagi Jadi Mangsa Buli

“Ya Allah, minta lindunglah anak aku ini. Berkali-kali dah kena. Kena sepak, kena tolak, ini kaki dah luka. Sampai dia cakap dah tak selesa makan kat sekolah. Agaknya rasa sakit sangat sampai muntah dia.

“Bukan tak pernah datang sekolah. Aku datang. Cuma aku ikut peraturan. Biar cikgu disiplin selesaikan. Pergi umrah, anak aku kena lagi. Sampai menangis dia. Adik ipar cuba cari, budaknya tak ada.

Ads

“Okey tak apalah sabar. Ini kaki luka, balik badan terus dedor. Siapa yang tak naik angin? Dahlah anak aku ini sejenis happy go lucky sangat-sangat. Kalau aku tak cakap dan beritahu itu merupakan pembulian, dia takkan faham,” dedahnya.

Norreen Iman Luah Rasa Kecewa, Dedah Anak Perempuan Sekali Lagi Jadi Mangsa Buli

Seterusnya, ibu kepada dua cahaya mata itu menitipkan harapan agar ibu bapa di luar sana dapat memainkan peranan dengan bertanyakan perkembangan anak-anak mereka di sekolah.

Ads

“Aku harap korang periksa la anak korang kat sekolah. Apa anak korang buat. Minta update dari cikgu. Harap cikgu pun bagi kerjasama. Kalau anak murid ada complain, ini bukan perkara, ‘ala biasalah budak-budak’.

“Harap kita sebagai ibu bapa ada dapat update juga apa yang berlaku di sekolah. Bukan hanya harapkan anak yang beritahu sahaja. Bapa pun dah naik angin juga, macam mana aku nak tenangkan my husband knowing that her daughter kena macam ini sekali?” katanya lagi.

Norreen Iman Luah Rasa Kecewa, Dedah Anak Perempuan Sekali Lagi Jadi Mangsa Buli

Ads

Terdahulu tular di media sosial, menerusi perkongsian Norreen di TikTok menceritakan pengalaman anaknya pernah dipanggil gemuk oleh kawan-kawan di sekolah.

Menerusi video tersebut memaparkan Norreen memuji anaknya tetap kelihatan cantik dalam apa jua keadaannya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI