
Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa tampil berkongsi tip cara untuk kekal istiqamah bagi memperbaiki diri.
Menerusi program bual bicara MeleTOP Moreh, ibu kepada dua cahaya mata itu dijemput sebagai hos dan pelakon dan personaliti media soial, Norreen Iman sebagai tetamu jemputan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Santai Apabila Kena ‘Body Shaming’, Norreen Iman Syukur Berjaya Didik Anak Dengan Baik
Menerusi sesi temu bual tersebut, Norreen dilihat tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya yang terdetik hati untuk pergi menunaikan ibadah umrah.
“Kalau kita terfikir, dia sama ada kita fikir dulu baru monolog atau monolog dulu baru fikir. Jadi, saya dengar macam tak tahu lah suara saya yang fikir ke.
“Dia macam ‘pergi umrah Norreen’. Aku rasa aku seorang dalam bilik ini. Nak dekat lima minit juga,” kongsi Norreen.
Dalam pada itu, Neelofa memberi kata-kata semangat dan berpesan seseorang perlu mencari ilmu untuk kekal istiqamah.
“Hidayah Allah tu datang kepada semua orang tapi tinggal diorang nak grab atau tidak sahaja.
“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak perbaiki diri. Carilah ilmu kerana ilmu itu adalah kunci kepada hidayah,” tutur Neelofa.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan pelakon itu agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman & Neelofa
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sivasangari Jaguh Skuasy 10 Terbaik Dunia, Ini Fakta Menarik Gadis Ini

Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, kini berjaya menembusi kelompok 10 terbaik dunia selepas senarai terbaharu ranking Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
Atlet berusia 25 tahun itu telah naik satu anak tangga dengan mengumpul 7,595 mata keseluruhan, kini berada di kedudukan ke-10, di belakang atlet Mesir, Rowan Elaraby, yang juga naik satu anak tangga ke tangga kesembilan.
Peningkatan ini hasil daripada kejayaannya mara ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Skuasy Dunia PSA 2023-2024 pada 15 Mei lalu, selain pencapaian cemerlang menjuarai edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London pada April.

Pada kejohanan tersebut, beliau mencipta sensasi selepas mengejutkan pemain ranking pertama dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada suku akhir, ranking keempat dunia Nele Gilis dari Belgium (separuh akhir) dan ranking kedua dunia Hania El Hammamy dari Mesir (final).
“Bertekad lebih kuat untuk meningkatkan prestasi dan melakukannya langkah demi langkah,” katanya.
Ini beberapa fakta menarik tentang Sivasangari Subramaniam
Anak Kelahiran Kedah
- Sivasangari dilahirkan pada 24 Januari 1999 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
- Beliau mula bermain skuasy pada usia yang muda dan menunjukkan bakat yang luar biasa sejak awal lagi.

Pencapaian Awal:
- Pada usia 16 tahun, Sivasangari sudah mula mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan memenangi beberapa kejohanan junior.
- Beliau memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Asia beberapa kali, menjadikannya salah satu pemain remaja terbaik di benua ini.
Pencapaian Antarabangsa:
- Sivasangari telah mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, termasuk Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
- Pada tahun 2018, beliau memenangi pingat perak dalam acara berpasukan wanita di Sukan Asia.
Kedudukan Dunia:
- Sivasangari mencapai kedudukan terbaik dalam kariernya sebagai pemain skuasy muda dengan terbaru menduduki tempat ke-10 dunia.
Pendidikan:
- Selain cemerlang dalam sukan, Sivasangari juga seorang yang bijak dalam pendidikannya. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Cornell di Amerika Syarikat.
Gaya Permainan:
- Sivasangari dikenali dengan gaya permainannya yang agresif dan kelajuan yang luar biasa di gelanggang. Ketangkasan dan kepantasannya sering kali membuat lawannya sukar untuk menandinginya.
- Inspirasi dan Sumbangan:
- Sebagai seorang atlet yang berjaya, Sivasangari menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia untuk menceburi sukan skuasy.
- Beliau sering terlibat dalam program-program pembangunan skuasy di Malaysia, membantu mengasah bakat-bakat muda.
Dengan pencapaian dan dedikasinya, Sivasangari Subramaniam terus menjadi ikon dalam sukan skuasy Malaysia dan memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.
Moga terus maju jaya dan harumkan nama Malaysia Sivasangari!
Macam Tak Percaya! Dengan Bayaran Serendah RM48 Sebulan Saja, Maybank Tawarkan Pembiayaan Maksimum RM200,000 Menerusi Pembiayaan ASB-i

Isi Kandungan
ToggleJujurnya, apabila bercakap mengenai soal pembiayaan kepada golongan remaja semuda anda semua, ramai yang memilih untuk tidak terlibat dalam perbualan tersebut. Rata-rata terus memikirkan tentang pembayaran ansuran bulanan yang perlu mereka langsaikan dalam tempoh yang singkat.
Bagaimanapun, apa yang ramai antara korang tidak sedar adalah bagaimana konsep pembiayaan kewangan ini sebenarnya menguntungkan pembiaya sekiranya ia dilakukan secara konsisten dan mengikut kemampuan peribadi.
Contoh terdekat yang kami ingin petik di sini adalah Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB-i). Pembiayaan ASB-i ialah unit amanah harga tetap yang ditawarkan khas kepada Bumiputera Malaysia yang layak dengan pelaburan sehingga RM200,000. Bergantung kepada kemampuan membayar ansuran bulanan, anda juga boleh menetapkan jumlah pelaburan mengikut kemampuan serendah RM48 sebulan bagi tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
Jumlah pelaburan sebagai simpanan masa depan ini juga memudahkan Bumiputera Malaysia untuk melabur dengan selamat, tanpa ragu dan tidak semestinya perlu mengeluarkan modal permulaan yang banyak demi mendapat pulangan.
Haa, sekarang barulah anda tidak merasa takut sangat apabila ingin memulakan pelaburan, bukan?

Justeru, tahun demi tahun anda akan melihat jumlah pelaburan tersebut semakin meningkat termasuklah dengan jumlah dividen tahunan yang diperolehi secara konsisten dan dikreditkan ke dalam akaun anda.
Tapi ingat! Usah teruja sangat untuk mengeluarkan sejumlah dividen itu untuk kegunaan segera. Biarkan ia ‘terlabur’ ke dalam akaun Pembiayaan ASB-i anda agar jumlah yang ada terus meningkat naik.
Lebih banyak modal pelaburan, lebih tinggi pulangannya! Mudahlah nanti untuk korang membeli rumah dan membiayai ahli keluarga terutamanya anak-anak, satu hari nanti.


Bagi remaja yang masih belum memiliki akaun ASB-i, jangan risau. Anda bukannya terlalu muda untuk memiliki akaun Pembiayaan ASB-i atau bagi yang sudah ‘terlajak’ sedikit, anda masih sempat untuk membuka akaun.
Lebih menarik lagi, permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian menerusi aplikasi MAE, terbuka untuk pengguna akaun Maybank sedia ada atau pun tidak. Semudah memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar anda dan voila! – boleh terus memohon. Permohonan juga boleh dilakukan di laman web Maybank2u.
Berkenaan faktor risiko pembiayaan yang ditanggung oleh pelabur pula, pembiayaan ASB-i menerusi Maybank ini sebenarnya merupakan salah satu antara yang paling selamat.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi Maybank (MAE) atau laman web Maybank2u dengan 6 langkah mudah untuk memohon Pembiayaan ASB-i.
Untuk Pendaftaran di Aplikasi MAE
Langkah 1: Log masuk ke Aplikasi MAE.
Langkah 2: Tekan ‘Apply’ ikon di atas dan pilih ‘Apply Online’
Langkah 3: Tatal ke bawah dan tekan ikon ‘Loans’ dan pilih ‘ASB Financing-i’
Langkah 4: Isikan butiran peribadi anda sehingga lengkap.
Langkah 5: Tekan ‘Confirm’.
Langkah 6: Muat naik dokumen anda dengan jelas untuk permohonan ini
Untuk Pendaftaran di Laman Web Maybank2u
Langkah 1: Login laman web Maybank2u
Langkah 2: Klik ‘Apply’ pada tab di atas dan pilih ‘Loans’
Langkah 3: Tekan ‘Apply Now’ di bahagian ‘Maybank ASB Financing/-i’
Langkah 4: Isi nombor akaun ASNB dan maklumat diperlukan
Langkah 5: Tekan ‘submit’ dan muat naik dokumen diperlukan
Bagi anda yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai pembiayaan ASB-i menerusi Maybank ini, anda boleh melayari laman web www.maybank2u.com.my atau kunjungi platform media sosial Maybank di Facebook, YouTube dan Instagram.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nak Berhijrah Ke Luar Negara, Apa Perlu Buat? Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hijrah Ke NZ

Tidak dinafikan ramai individu yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, lebih-lebih lagi anak muda yang belajar di perantauan. Walaupun kos hidup di sana lebih tinggi, tetapi pendapatan bulanan yang diterima sangat tinggi berbanding di negara kita.
Kami pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara untuk berhijrah ke luar negara. Apa prosedur yang kena buat? Borang apa nak kena isi?
Untuk menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syuhada Ratar telah pun berkongsi pengalaman peribadinya yang telah berhijrah ke New Zealand (NZ).

Hijrahnya di bumi Kiwi itu bermula pada Januari 2019 setelah bertahun merancang dan ada sahaja kekangan yang diterima. Menurut Syuhada, perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum berhijrah ke luar negara adalah dengan mendapat restu daripada ibu bapa terlebih dahulu kerana insyaAllah segala urusan korang akan dipermudah.
Untuk yang memilih NZ sebagai destinasi penghijrahan, ada beberapa pilihan visa untuk tujuan berbeza seperti kerja, belajar, tinggal terus atau berniaga. Antara visa yang paling mudah untuk lulus ialah Working Holiday Visa (WHV). Visa ini ada had umur, jadi bagi orang muda dan baru bermula nak berhijrah, visa ini paling sesuai untuk cuba hidup di negara asing.
Kos untuk visa ini adalah NZD $280, had umur mestilah diantara 18 hingga 30 tahun. Kiraan umur bukan ikut tahun tapi ikut tarikh lahir. Setiap tahun permohonan akan dibuka dan hanya 1,150 orang sahaja kuota yang diberikan. Tiada syarat khas, jadinya mudah di situ. Cuma, korang kena ada sekurang-kurangnya NZD $2,250 untuk sara hidup selama di NZ.
Apa yang korang boleh buat dengan visa ini? Boleh kerja dan belajar tetapi selama pegang visa ini korang tidak boleh mohon kerja tetap. Visa ini juga hanya boleh dimohon sekali sahaja, dah ada rekod tidak boleh mohon lagi.
Bagi individu yang berumur lebih 30 tahun dan ingin cuba untuk bekerja di NZ, boleh mohon dari Malaysia dan visa ini wajib granted dulu baru boleh masuk NZ. Nama visa ini ialah Recognised Seasonal Employer Limited Visa. Syarat utama mestilah berumur 18 tahun ke atas.
Caranya, mohon kerja di tempat itu > dapat tawaran kerja > mohon visa > bayar NZD $307 > visa granted dan boleh terbang terus ke NZ
Bagi yang rasa tidak boleh memohon dua visa ini dan ingin bekerja dalam bidang tertentu, boleh cuba untuk cari kerja sendiri. Ada beberapa trusted laman web untuk mohon pekerjaan dan antaranya adalah seperti berikut:
Trade me
Kerja bawa orang pergi hiking pun ada, boleh mohon terus dengan syarikat tersebut.
Seek.nz
Kebanyakan majikan ingin kemasukan terus pekerja dai memang mereka cari yang sudah berpengalaman dan ada working visa dan pemohon ada di NZ. Tapi tidak salah mencuba kan?
Belajar buat resume ikut spek NZ dan wajib ada cover letter. Resume di sana sangat simple dan direct.
Medical report wajib buat kalau berniat nak tinggal di NZ lebih daripada 12 bulan.

Ini pula Sijil Kelakuan Baik (SKB), wajib bagi yang berniat nak tinggal di NZ lebih daripada 24 bulan. SKB ini juga ada had masa, kena kurang daripada 6 bulan pada tarikh visa dimohon.

Boleh mohon di www.kln.gov.my. Sewaktu Syuhada mohon pada 2019 bayarannya ialah RM20. Bila SKB dah dikeluarkan kena pergi pejabat pos untuk buat money order. Nanti SKB akan dipos ke alamat rumah.

Klik link ini dan pilih korang nak visa apa. Isi tempat kosong itu dan akan keluar pilihan visa

Pengalaman kerja pun penting sebagai bukti berapa tahun korang dah bekerja dalam bidang tersebut. Paling mudah, beri surat tawaran kerja.

Dokumen penting harus dialih bahasa ke bahasa Inggeris sepenuhnya. Tapi, bukan semua translator boleh buat ya. Boleh guna penterjemah mahkamah tapi banyaklah duit kena keluar.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian yang telah dibuat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada individu yang ingin berhijrah ke luar negara.
Sumber: (1)