Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa tampil berkongsi tip cara untuk kekal istiqamah bagi memperbaiki diri.
Menerusi program bual bicara MeleTOP Moreh, ibu kepada dua cahaya mata itu dijemput sebagai hos dan pelakon dan personaliti media soial, Norreen Iman sebagai tetamu jemputan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Santai Apabila Kena ‘Body Shaming’, Norreen Iman Syukur Berjaya Didik Anak Dengan Baik
Menerusi sesi temu bual tersebut, Norreen dilihat tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya yang terdetik hati untuk pergi menunaikan ibadah umrah.
“Kalau kita terfikir, dia sama ada kita fikir dulu baru monolog atau monolog dulu baru fikir. Jadi, saya dengar macam tak tahu lah suara saya yang fikir ke.
“Dia macam ‘pergi umrah Norreen’. Aku rasa aku seorang dalam bilik ini. Nak dekat lima minit juga,” kongsi Norreen.
Dalam pada itu, Neelofa memberi kata-kata semangat dan berpesan seseorang perlu mencari ilmu untuk kekal istiqamah.
“Hidayah Allah tu datang kepada semua orang tapi tinggal diorang nak grab atau tidak sahaja.
“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak perbaiki diri. Carilah ilmu kerana ilmu itu adalah kunci kepada hidayah,” tutur Neelofa.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan pelakon itu agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
SUMBER FOTO: Instagram Norreen Iman & Neelofa
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.