“Nujum Mak Belalang!” Ramalan AJL Neelofa Tepat, SEKALI LAGI

Share

 

Meremang pula kami di REMAJA apabila mendapat tahu mulut seorang bernama Noor Neelofa ini memang masing!

 

Kalau sekali dua ramalan kita menjadi kenyataan, mungkin ia masih boleh diterima pakai.

Namun kalau dah tiga tahun berturut-turut Neelofa berjaya meramalkan siapakah pemenang acara berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), memang kami respect

lah kepada selebriti dan ahli perniagaan tersebut!

Semalam, REMAJA telahpun menyatakan ramalan AJL 33 Neelofa melalui ARTIKEL INI. Tak sangkalah pula apabila ketiga-tiga pemenang kedudukan teratas pertandingan itu sama seperti apa senarai lagu yang dimuat naik oleh Neelofa melalui akaun Twitter-nya semalam.

 

 

Dek kerana itu, ramai followers-nya di Twitter turut terkesima dengan kebetulan ini. Ini antara yang kelakar.

 

 

Pada tahun lalu, Neelofa hit it out of the park dengan ramalan Top 3 AJL-32 apabila lagu ‘Jampi’, ‘Sejati’ dan ‘Tergantung Sepi’ memenangi edisi tersebut.

 

 

Pada tahun sebelumnya untuk AJL 31 pula, Neelofa berjaya mengagak lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah berjaya untuk membolot salah satu kategori teratas.

Ish, meremang pula penulis dengan ramalan Neelofa ini! Apapun, mungkin ia sekadar kebetulan saja dan ramai juga penonton yang meramalkan Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah mampu memberikan saingan sengit kepada 11 buah karya lain.

Jangan korang minta Neelofa ramal hidup korang lepas ni, sudah lah!

BACA: Pernah Kena Reject Dalam Ujibakat Realiti TV, Hael Husaini Bukti Juara Sebenar

Sekali lagi, TAHNIAH kepada Ezra Kong, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.

Published by
FZ