‘Nujum Neelofa’ Masih Relevan! Ramalan Pelukan Angkasa Juara AJL-36 Tepat

Share

 

Biarpun masih dalam tempoh berpantang, usahawan dan selebriti Noor Neelofa masih mengikut perkembangan semasa dunia hiburan tempatan termasuklah pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 yang berlangsung semalam.

Umpama tradisi pada setiap tahun, Neelofa (dan kita semua) akan meramalkan lagu manakah yang akan menjuarai AJL sebelum acara bermula.

Neelofa

Menerusi akaun Twitter pada hari Ahad, Neelofa telah meramalkan dua buah lagu bakal membawa pulang tiga tempat teratas di AJL. Pilihannya pada kali ini ialah Pelukan Angkasa (ciptaan Raja Nazrin Shah, lirik Fazleena Hishamuddin) dan juga Mimpi (ciptaan dan ditulis oleh Haqiem Rusli bersama Dato A. Aida).

Siapa sangka, ramalan Neelofa pada kali ini masih tepat!

Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah di AJL-36

Sepanjang enam edisi AJL, mulut isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail ini memang tepat. Bermula dari AJL 31 apabila beliau berjaya meramal Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah) sebagai juara diikuti AJL 32 (Jampi; Hael Husaini), AJL 33 (Haram; Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) dan AJL 34 (Sumpah; Naim Daniel).

Tidak hairanlah ramai peminat yang menggelar Neelofa sebagai ‘Nujum Mak Belalang’! Hehe..

Cuma pada tahun lalu di AJL 35, pilihan utamanya untuk menang iaitu Semalam ciptaan Aina Abdul sedikit tersasar apabila lagu tersebut sekadar membawa pulang trofi pemenang tempat kedua di belakang ‘Gila’.

ARTIKEL BERKAITAN : Empat Tahun Ramalan AJL Neelofa ‘Mengena’, Pilihannya Kali Ini Ialah.. – REMAJA

Lantas, apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu semalam, Neelofa sekali lagi membuktikan citarasanya dalam muzik serta lirik yang berkualiti dan bermakna masih relevan!

Malah, tekaan beliau untuk kejayaan Mimpi juga tepat setelah lagu tersebut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Berikut merupakan keputusan penuh di Anugerah Juara Lagu ke-36:

Juara : Pelukan Angkasa (Raja Nazrin Shah/Fazleena Hishamuddin/SOG/Shila Amzah)
Naib Juara : Cinta (Bunga Cantik/Hang Nadim/Marsha Milan)
Pemenang Tempat Ketiga : Mimpi (Haqiem Rusli/Dato A. Aida)
Vokal Terbaik : Aina Abdul (Sepi)
Persembahan Terbaik : Marsha Milan (Cinta)
Penyanyi Pilihan Popular : Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas Cinta)

Korang setuju dengan pemilihan panel juri (dan Neelofa) ini?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ