Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.