Selebriti terkenal Nur Fazura Sharifuddin merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Berjaya sebagai seorang anak seni, dia turut mencipta nama sebagai ahli perniagaan berjaya di Malaysia.
Berkat hasil usahanya, isteri kepada Fattah Amin ini telah dinobatkan sebagai Nona Hijab Business Award dalam acara Nona Superwoman Award 2022 yang telah berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada 11 Januari 2023.
Anggun menggayakan busana rona merah menyala rekaan Fizi Woo, solekan hasil sentuhan Khir Khalid dan tata gaya tudung oleh Nurhana Halim, Nur Fazura menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Che Puan Mahkota Kelantan, YTM Che Puan Sophie Louise Johansson.
“Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas anugerah Nona Hijab Business Award – Nona Superwoman Award 2022. Faz tujukan pengiktirafan ini kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada Faz, doa, panduan dan ingatan yang tidak putus.
“Terima kasih khas kepada suami tercinta, Fattah Amin, Mama yang sentiasa mendoakan dan permata kesayangan kami, Fatima Nyamma Choc-O-Papum serta keluarga Fattah dan Faz. Terima kasih juga kepada Kiffy Razak dan Majalah Nona di atas pengiktirafan ini,” ujar Nur Fazura dalam satu hantaran di Instagram
ARTIKEL BERKAITAN: Stail Tudung Fazura Yang Memukau. Harga Berpatutan Dan Cantik Dipakai
Selain itu, usahawan Tudung Fazura ini juga turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada komuniti perniagaannya dan juga penyokong produk tudung yang dihasilkan.
“Penghargaan juga ditujukan kepada semua Team Fazura, para Besties Fazura, komuniti perniagaan tempatan dan para penyokong produk Fazura, terutamanya Tudung Fazura. Kejayaan ini adalah milik semua. Terima kasih sekali lagi dan terus kita bersama kekal membangunkan perusahaan tempatan. Terima kasih, Lots of Love
,” tambahnya lagi.Anugerah Nona Superwoman telah dianjurkan sejak tahun 2018 merupakan satu platform untuk mengiktiraf kejayaan wanita yang banyak berjasa dalam pelbagai bidang sepanjang tahun. Edisi 2022 merupakan edisi ketiga penganjuran majlis tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.