Selepas dinobat sebagai Dewi Remaja 2023, rezeki pemilik nama Nurel Baharin semakin mencurah dengan pelbagai tawaran yang diterima dalam industri seni tanah air.
Terbaharu, anak jati bumi Kenyalang ini dipilih sebagai pengacara terbaharu rancangan hiburan terkenal, Hlive! yang bersiaran di Astro Ria.
BACA LAGI: Autentik Cara Nurel Baharin, Dewi Remaja 2023 – Isu Digital Februari 2024
Berkata kepada Remaja, Nurel menzahirkan kegembiraan diatas pemilihan tersebut sementelah berjaya mencuba nasib menghadiri sesi uji bakat bagi program terbaharu mereka.
“Saya sangat gembira sangat kerana ramai senior Dewi Remaja pun ada berkerja dengan Hlive dan daripada platform ini saya boleh cari pengalaman serta belajar dunia pengacaraan.
“Sebelum menjadi hos Hlive, saya ada pegi beberapa casting untuk program rancangan baru mereka. Jadi, selepas itu rezeki saya di pilih sebagai hos Hlive,” katanya.
BACA LAGI: Nurel Dinobatkan Juara Dewi Remaja 2023
Bertanya pula mengenai momen pada hari pertama sebagai hos, Nurel berkongsi team Hlive tidak lokek ilmu dalam memberi tunjuk ajar mereka kepadanya.
“Saya sebelum ke set akan bertanya kepada bos, penerbit atau mana-mana hos yang sudah lama berkerja dengan Hlive untuk meminta pendapat mahupun ilmu yang boleh di dikongsikan bersama saya.
“Ya Allah, sejujurnya banyak juga tersasul. Selepas beberapa take, baru okey. Cuma, masih ada perasaan gementar sebab saya perlu ingat point dan susun ayat agar betul.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya suka sangat sebab banyak yang membantu, Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Shaza Bae, Nina Amin, Ash Azhan dan Fazziq Muqris antara keluaran Hero dan Dewi Remaja yang pernah menyandang sebagai pengacara menerusi rancangan Hlive!
Terdahulu, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah menyaksikan Nurel diangkat sebagai juara untuk program tersebut.
All the best to you Nurel!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nurel