Di saat seluruh dunia terkesan dengan wabak corona virus, pelbagai sikap dapat dilihat. Ada yang begitu mementingkan diri sendiri (misalannya membeli barang keperluan melebihi had sehingga tidak tinggal sisa untuk orang lain), masih ada yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (merayau ke sana sini), membuat jualan dengan harga agak tinggi khususnya melibatkan hand sanitizer dan mask (seolah-olah mahu mengaut untung berlebihan sedangkan barangan dibeli pada harga rendah serta sikap-sikap negetif lain.
Namun masa yang sama, Allah turut menghadirkan juga insan-insan baik yang mampu memberi pertolongan kepada insan memerlukan. Misalannya barisan hadapan petugas menangani isu COVID-19, golongan berkemampuan berkongsi rezeki yang ada kepada mereka yang memerlukan dan banyak lagi perkara-perkara baik dilakukan bagi mengimbangi perbuatan di atas. Pendek kata, sikap adalah cerminan hati kita sendiri dan hanya kita yang mampu menilainya.
Apa yang pasti di saat negara kita sedang diuji dengan wabak ini, kita saling bantu membantu dengan setiap kudrat yang diberikan oleh Allah. Perkongsian dari fb Aminah Ahmad Unni memaparkan video jururawat dan staff Kementerian Kesihatan menjahit sendiri gown untuk kegunaan staff bila berhadapan kes pesakit positif corona virus ini. Ianya satu sikap terpuji dan semoga Allah membalas setiap kebaikan kita lakukan dalam meringankan beban orang lain.
Dapat dilihat mereka bergandingan masa dan tenaga menyiapkan gown untuk kegunaan barisan hadapan petugas hospital yang memerlukannya dan mungkin kehabisan stok. Kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jika masih ada yang ambil ringan berkaitan virus ini, semalam buat pertama kalinya mereka yang positif dijangkiti sudah melepasi angka setengah juta orang di seluruh dunia.
Menyaksikan Amerika Syarikat menduduki carta nombor satu di dunia dengan lebih 82,000 kes positif. Sudah tentu fakta ini agak menggerunkan kerana mengatasi China dan Italy yang mencatatkan jumalah tertinggi sebelum ini. Negeri seperti New York, Washington dan California paling teruk terjejas dengan pertambahan kes 17,119 kes dalam masa tercepat.
So stay at home, jangan engkar arahan keluar semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kita mungkin tidak terasa dengan keadaan hari ini tapi ramai yang terkesan terutama peniaga yang bergantung pada jualan harian untuk menampung hidup. Bertimbang rasalah, agar negara kita bebas dari wabak menakutkan ini.