Pencarian Dewi Remaja diteruskan untuk edisi kesebelas bagi mencari siapakah gadis yang bakal menyandang gelaran Dewi Remaja 2019.

Konsisten mencungkil selebriti wanita berpengaruh tanah air, pencarian Dewi Remaja sudahpun menapak selama lebih 34 tahun dan pernah berkolaborasi dengan rakan penaja daripada pelbagai kategori berbeza sepanjang penganjurannya itu.

Untuk Dewi Remaja 2019, pihak penganjur berbesar hati untuk mengundang jenama produk kecantikan kulit iaitu NUViT Malaysia (NUViT) selaku penaja bersama.

NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri
Wakil daripada NUViT MY, Encik Kingsley Fum Mun Keng & Cik Louise bersama para penaja serta 12 orang finalis Dewi Remaja.

NUViT sangat sinonim dengan remaja dari usia belasan tahun hingga awal 20-an, memandangkan kesihatan kulit amat berkait rapat dengan keyakinan kita semua.

Lalu tak hairanlah apabila kolaborasi di antara Dewi Remaja dan jenama tersebut boleh tercetus. Ini memandangkan aspirasi yang dimiliki oleh kedua-dua pihak, iaitu untuk memberikan keyakinan diri dan penjagaan kulit yang sihat agar para finalis boleh melangkah ke hadapan sebagai personaliti muda tanah air.

Menurut En. Kingsley Fum Mun Keng yang mewakili Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd, NUViT bersesuaian dengan pencarian Dewi Remaja kerana kedua-duanya menyebarkan mesej dan kesedaran tentang betapa pentingnya keyakinan diri seseorang apabila dia memiliki  kulit yang sihat. Sesuailah dengan tagline-nya “Be Real. Be You” yang mengajak finalis untuk menjadi diri sendiri.

Ads

*

NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri
Antara produk keluaran NUViT ialah Daily Defender SPF 50+ Lightweight Moisturizing Sunscreen.

 

PRODUK SEMULAJADI DARI TAIWAN

Untuk pengetahuan, produk yang diperbuat dari Taiwan ini mengkhususkan kandungan berkualiti tinggi setelah menjalani ujian teknologi klinikal.

Dengan ekstrak berasaskan tumbuhan semulajadi, rangkaian produk penjagaan NUViT juga bebas alkohol dan tidak menyebabkan alergi. Inilah rahsia kepada gabungan dari segi kosmetik dan juga farmaseutikal pada produk NUViT. Bukan saja demi kecantikan tetapi juga kesihatan kulit penggunanya untuk jangka masa panjang.

Ads

Bagi pencarian Dewi Remaja 2019, NUViT ingin memfokuskan kepada set penjagaan 3 bersiri yang lengkap iaitu Anti-Acne, Dermal White, MoistLoc serta Daily Defender Sunscreen untuk penjagaan kulit harian yang lebih menyeluruh.

NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri
Rangkaian NUViT MoistLoc untuk memberi kelembapan ultra dan berpanjangan pada kulit.
NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri
(Dari kiri): Siri NUViT Dermal White terdiri daripada Brightening Essence Fluid, Brightening Spot Correcting Serum dan Brightening Spot Corrector. Sementara itu, mereka juga mempunyai Acne Purifying Gel, Acne & Blemishes Prevention Concentrate dan Acne Corrector Purifying Fluid.

 

Seperti siri NUViT Dermal White, ia direka khas untuk mencerahkan kulit, memperbaiki kulit tidak sekata dan mengurangkan bintik-bintik hitam dengan menggunakan 5 bahan utama yang dipanggil B-Trans5™.

Bahan tersebut mengurangkan pengeluaran melanin yang berlebihan. Malah kesan pencerahannya dapat dilihat seawal 3 hari dan mampu memudarkan bintik hitam dalam masa 14 hari.

Ads

Hebat kan!

NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri
Miss Louise mewakili Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd untuk NUViT MY bersama 12 orang finalis Dewi Remaja 2019.

Ditanya mengenai ciri-ciri seorang Dewi Remaja yang kami cari, Encik Kingsley menyatakan bahawa ia bukan sahaja terletak pada rupa paras semata-mata.

Malah, mereka juga berharap agar Dewi Remaja yang bakal dinobatkan kelak mempunyai personaliti menarik, daya profesionalisma yang tinggi sewaktu bekerja dan boleh membawa gelaran Dewi Remaja 2019 hingga ke peringkat tertinggi.

*

THE GIRLS ARE BACK!

NUViT Malaysia Jadi Penaja Bersama Dewi Remaja 2019 Untuk Kulit Sihat & Berseri

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI