Selesailah sudah majlis resepsi pelakon & finalis Hero Remaja 2017, Mohd Zulikmal Amry atau Ikmal Amry kepada pasangannya, Najla Shamsul, malam tadi.
Majlis yang bertempat di sebuah resort di Melaka itu telah dihadiri oleh kaum keluarga, kenalan rapat dan tidak ketinggalan rakan-rakan seperjuangan Ikmal sendiri selama beberapa tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
Walaupun tidak dapat untuk menjemput tetamu dalam jumlah yang diinginkan atas kekangan piawaian standard operasi (SOP) yang masih dititik beratkan, namun kemeriahan majlis tetap dirasai. Menariknya, satu kejutan manis telah dirancang oleh Ikmal sendiri buat Najla tanpa pengetahuan isterinya itu.
Tidak ramai sebenarnya yang mengetahui akan bakat suara Ikmal apabila dirinya lebih sinonim dengan kerjaya lakonan. But he surely can sing guys! Lalu untuk menjadikan momen resepsi semalam lebih istimewa, Ikmal telah mencuri masa untuk merancang merakamkan sebuah lagu baharu dan mendedikasikannya kepada Najla.
REMAJA menemui penulis lirik lagu berjudul Tangisan Bahagiamu itu iaitu Nadia Khan di majlis resepsi semalam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses rakaman tersebut.
“Sebenarnya lagu yang dinyanyikan oleh Ikmal ini adalah hadiah perkahwinan untuknya daripada komposer terkenal, Aidit Alfian. Liriknya pula ditulis oleh saya.
“Apabila abang Aidit bertanya bolehkah Ikmal menyanyi sendiri lagu ini, saya tahu dia boleh. Walaupun Ikmal nervous juga untuk menyanyikan lagu pertamanya, tapi dia okay dengan perancangan ‘senyap-senyap’ ini. Proses rakaman pun memakan masa sebulan lepas saja
“Saya nampak Ikmal bersungguh-sungguh untuk merekod lagu tersebut sebaik yang mungkin. Selagi belum perfect, selagi itu dia tidak mahu keluar dari studio. Last minute surprise ini dilakukan sehingga Najla tak tahu.
“Alhamdulillah emcee majlis tadi pun sempat untuk masukkan presentation tadi ke dalam itinerari selepas acara memotong kek. Nampaklah Ikmal pun nervous juga untuk mendengar suara sendiri (ketawa) untuk kali pertamanya,” kata penulis novel bersiri popular, Gantung itu.
Bercakap kepada Najla mengenai perasaan terhadap kejutan itu, dia amat menyukainya namun tidak sempat untuk ‘feel’ memandangkan ramai orang yang berada di sekeliling.
Tak mengapalah Najla, lepas ini boleh minta Ikmal untuk terus nyanyikan secara live di telinga, hiks!
ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bergelar Suami, Ikmal Amry Selamat Diijab Kabul Dengan Pasangan – REMAJA
Untuk pengetahuan, single Tangisan Bahagiamu ini disusun oleh Raja Nazrin Shah manakala proses mastering dilakukan oleh Raja Nazmin Shah.
Kepada korang semua yang teringin untuk mendengarnya, tak lama lagi ia akan dimuat naik ke YouTube okay.