Berita

Nyanyian ‘Live’ Dikritik Teruk, Rashidi Ishak Nasihat Fazura Belajar Vokal -“Dia Tone Deaf..”

Share

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura baru-baru ini mendapat kritikan ‘pedas’ mengenai kualiti nyanyiannya, selepas penampilannya dalam sebuah program di Jakarta.

Sehubungan dengan itu, aktor berpengalaman, Rashidi Ishak, menasihatkan pengurus Fazura untuk mencari seorang guru vokal bagi membantu aktres itu mengasah lagi kemahiran nyanyiannya agar lebih baik.

BACA: “Fazura Sedih, Hampir Setiap Malam Menangis..” -Pengurus, Iman Tang

“Saya menonton persembahan Fazura dalam sebuah program di Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu dia untuk mendapatkan jurulatih vokal kerana dia ‘tone deaf’.

“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi menerusi hantaran dalam media sosial.

Kata pelakon drama popular Kampung People itu lagi, dia menjelaskan bahawa ilmu vokal sebenarnya boleh dipelajari dengan latihan yang intensif dan yakin dengan usaha yang berterusan, Fazura boleh meningkatkan lagi kualiti nyanyiannya.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.

“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” ujarnya salah seorang ahli kumpulan The Joy Maker itu.

Penampilan Fazura di Jakarta pada Selasa lalu merupakan yang pertama selepas perceraian dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Dalam program tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu memperkenalkan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang sebelum ini merupakan sebuah duet bersama Fattah.

Persembahan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang memberikan nasihat agar Fazura menilai semula potensi karier nyanyiannya.

Lagu Bertahan Demi Cinta mendapat perhatian ramai selepas dilancarkan sejurus selepas Fazura dan Fattah mengumumkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Fath