Seorang lagi selebriti K-pop telahpun mengadakan acara Fan Meeting di Kuala Lumpur semalam. Kali ini, tiba giliran ahli grup Astro dan pelakon K-drama, Cha Eun-Woo.
Bertempat di Cheras Kuala Lumpur, Eun-Woo yang menginjak populariti sebagai seorang pelakon sejak drama bersiri popular Rookie Historian: Goo Hae Ryung berjaya memenuhkan seluruh dewan dengan peminat yang rata-rata merupakan remaja belasan tahun.
Acara fan-meeting ‘Just One 10 Minute’ di Kuala Lumpur tersebut merupakan acara terakhir dalam siri jelajah Eun-Woo yang sebelum ini bertandang ke Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila.
Tak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup ‘terbang’ dari luar negara semata-mata untuk berjumpa idola mereka ini di depan mata.
*
Sepeeti kebiasaan di acara fan-meeting, ia akan dipenuhi dengan sesi nyanyian beberapa buah lagu, permainan di atas pentas dan juga interaksi dengan penonton.
Cuma apa yang membezakan fan-meeting semalam adalah apabila Eun-Woo memberikan effort untuk menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan!
Menurut sumber terdekat, lirik tersebut telah ditulis semula dalam tulisan Hangul untuk memudahkan Eun-Woo menghafal dan hasilnya, ramai yang terpaku semasa dia mula menyanyikan bait, “Jika ‘ku radio dan engkau lagunya..”
*Melting*
*
Di samping itu, penonton turut mengetahui beberapa info terbaru mengenai Eun-Woo melalui sesi kenal.
Jom tengok apa yang dijawab olehnya semalam:
• Warna pakaian yang membuatkan kamu selesa: Biru
• Bagaimana kamu describe Kuala Lumpur: Langit Biru
• Nickname kepada peminat Malaysia: Sky
• Apakah yang kamu selalu pegang semasa tertidur: Smart phone
• Bagaimana kamu mendapat nickname Felix: Saya mendapatnya semasa di kelas tusyen Bahasa Inggeris. Felix bermaksud Lelaki Bertuah.
*
There you go! Yang penting seluruh dewan tidak berhenti memberikan sokongan kepadanya. Kami berharap agar Eun-Woo akan kembali ke Malaysia bersama ahli grup Astro yang lain.