Selebriti terkenal Malaysia, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan anak sulung hari ini seperti yang dimaklumkan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohd Khair-ril Anuar.
Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Wan Emir menampilkan gambar dirinya dan isteri sedang memegang gambar ultrasound bayi mereka ketika di dalam kandungan.
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW. Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” kongsinya penuh kesyukuran menyambut kalahiran anak sulung mereka.
Sambungnya lagi, “Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga. May Allah SWT bless & guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, amin ya rabbal alamin.”
Menjadikan momen kelahiran ini lebih manis, anak sulung mereka berkongsi tarikh lahir dalam calendar Islam yang sama iaitu pada 9 Syawal. Mira yang dilahirkan pada 2 April 1993 bersamaan 9 Syawal 1413 manakala anak mereka pula lahir pada 10 Mei 2022 bersamaan 9 Syawal 1443.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Baju-Baju Perkahwinan Mira Filzah. Hasil Idea Pereka Ternama Tanah Air.
ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Umum Hamil Anak Pertama, Kandungan Hampir Masuk Trimester Ketiga
Pasangan sama cantik sama padan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 3 September 2020 dan telah mengadakan beberapa majlis gilang-gemilang untuk meraikannya bersama keluarga dan juga sabahat handai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.