kontent
kontent

Ini bukan kali pertama insiden nyawa nyaris ‘terbang’ gara-gara konten.

Baru-baru ini, tular video di media sosial apabila seorang wanita di selatan Thailand mengalami detik cemas apabila kepalanya terhantuk di tiang yang mahu bergambar di pintu tren.

ARTIKEL BERKAITAN : Demi Mengejar ‘Content’, TikToker Islam Sanggup Makan Kulit Khinzir

Memetik Harian Metro, video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang wanita itu berada di pintu gerabak. Dia memegang pada besi pemegang dan mengeluarkan badannya di luar gerabak dan badannya menghadap bahagian dalam tren tersebut.

Selepas beberapa detik, kepalanya terkena tiang di landasan selepas tren mula bergerak. Wanita itu kemudian kelihatan hilang keseimbangan tetapi masih berpaut pada besi pemegang.

 

Dalam satu lagi video, wanita itu dilihat membongkok di luar kereta api yang sedang bergerak dan kemudian, jatuh ke landasan.

State Railway of Thailand (SRT) menerusi hantaran di Facebook pada 13 Ogos lalu memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 3.15 petang, 5 Ogos 2024.

Difahamkan pada waktu kejadian, sebuah kereta api meninggalkan stesen Ban Ton Don di Phatthalung dan menuju ke Nakhon Si Thammarat.

Wilayah Phatthalung di selatan Thailand terletak kira-kira 850 kilometer (km) dari bandar ini.

Tambah SRT, kereta api itu bergerak pada kelajuan rendah ketika kejadian kerana ia baru berlepas dari stesen sebelumnya.

Wanita itu mengalami bengkak di kepala akibat insiden berkenaan dan telah dibawa ke Hospital Phatthalung. Hasil ujian X-ray menunjukkan bahawa wanita berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan dia dibenarkan pulang.

Sebagai tindak balas, SRT memaklumkan akan meningkatkan pemeriksaan keselamatan dengan lebih meluas dan memberi amaran kepada penumpang yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

BACA LAGI  : Gian Sangat Nak Prank Orang, YouTuber Terkenal Hampir Dipenjara – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI