Nynaa Harizal Kongsi Rutin Penjagaan Wajah, Bersihkan Mekap Sebelum Tidur

Share

Pemenang tempat ketiga Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal semakin rancak mewarnai dunia hiburan dengan membintangi beberapa buah drama televisnyen antaranya termasuklah Romantika 4 Hari 3 malam, Runi & Solah dan Madam E-Wallet.

Dalam kesibukan melakukan sesi penggambaran, Nynaa tidak pernah mengabaikan penjagaan kulit wajah, lebih-lebih lagi apabila sering mengenakan mekap dalam waktu yang panjang. Bagi gadis berusia 25 tahun ini, apa yang penting untuk dirinya adalah sentiasa memastikan wajah bersih dari sebarang mekap sebelum masuk tidur.

Nynaa turut berkongsi rahsia dan rutin kecantikannya bersama Remaja dengan menunjukkan antara produk-produk skincare yang digunakannya. Untuk pembersih wajah, Nynaa memilih menggunakan Nuvit Hydrating Cleanser Milk kerana ia mengandungi vitamin E yang memudahkan proses membersihkan mekap.

“Untuk mata dan bibir, korang perlu menggunakan pembersih yang berlainan. Nynaa menggunakan Bifesta Cleanser untuk maskara, eyeliner, bahagian kening dan lipstik. Guna saja cotton pad, dan lap pada bahagian wajah tersebut,”

“Kemudian, Nynaa akan menggunakan scrub. Letakkan scrubp pada wajah, terutamanya di T zone, jadi bila Nynaa dah bersihkan mekap, Nynaa akan scrub muka yang dimulakan dengan bahagian dagu kemudian, naik ke atas. Dalam waktu yang sama, kita boleh urut wajah kita sekali,” jelasnya.

Korang boleh tonton video penuh di bawah tentang penjagaan kulit wajah yang turut dikongsi oleh Nynaa Harizal.

Bagi Nynaa, “Beauty is subjective”. Dia percaya jika seseorang itu ‘cantik’ dari dalam, kecantikan itu akan bersinar di luar juga, Cuma bergantung kepada individu itu sendiri untuk mencari kecantikan dari pelbagai aspek.

Published by
Noor Ain Norman