Sumber Foto : Instagram Nynaa Harizal

Isi Kandungan

 

Dengan sekali lafaz saja, pelakon dan pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal telah selamat bergelar isteri dalam sebuah majlis akad nikah serba ringkas dan mengikut SOP semalam.

Memilih tarikh 28 Ogos 2021 sebagai tarikh istimewa bagi penyatuan dirinya dengan pasangan pilihan, Fahmi Ilyas, 29; Nynaa teruja dengan perubahan fasa kehidupannya dari zaman bujang hingga berdua kini dalam satu ikatan sah.

Pelakon yang lebih selesa menyimpan perihal hubungannya dengan Fahmi sebelum ini dan lebih fokus kepada soal karier sedikit mengejutkan peminat pada 21 Ogos lalu setelah REMAJA menyiarkan khabar gembira bahawa dirinya telah bertunang.

ARTIKEL BERKAITAN : Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat – REMAJA

Biarpun majlis tunang itu hanya dihadiri oleh kedua ibu bapa pasangan terbabit, Nynaa menyifatkannya sebagai sempurna dan bersyukur segalanya dipermudahkan terutamanya dalam musim pandemik yang tidak menentu sekarang.

Ads

Berikut adalah lima corat-coret menarik mengenai majlis pernikahan Nynaa Harizal semalam dan perhubungannya dengan Fahmi Ilyas.

 

01

Detik pengenalan Nynaa dan Fahmi berlaku tanpa dijangka apabila mereka bertemu dalam sebuah majlis yang turut dihadiri rakan-rakan mereka berdua. Tanpa terus mengikat apa-apa hubungan istimewa selepas itu, Nynaa dan Fahmi mengambil masa beberapa tahun untuk kembali menyatu. Dari situ, Fahmi telah menambat hati Nynaa dengan sifat ramah dan hormatnya kepada ahli keluarga Nynaa serta orang di sekeliling.

Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya
Cantik sunggup pelamin yang dirancang bersama dengan perancang majlis, Dream Catcher. Sumber Foto : Instagram Nynaa Harizal

 

Ads

02

Nynaa dan Fahmi sebenarnya sudah menempah dewan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bagi majlis akad nikah ini. Tempahan pula telah dilakukan tiga ke empat bulan lebih awal. Ia untuk menjemput lebih ramai tetamu dengan mengambil kira soal prosedur operasi standard (SOP). Siapa sangka, fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan berlarutan hingga tiga bulan. Lalu, pasangan ini akur dengan situasi semasa dan mengambil keputusan membatalkan tempahan serta majlis yang dirancang itu; lalu mengadakan majlis akad nikah di kediaman saja.

Ia disempurnakan penuh lancar dengan sekali lafaz saja oleh Fahmi. Sambil itu, tujuh dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan dibalas lima dulang oleh pihak pengantin lelaki.

 

03

Kongsi Nynaa, mereka ingin mengadakan majlis resepsi untuk meraikan penyatuan mereka berdua ini dengan ahli keluarga, rakan-rakan, kenalan rapat serta rakan media. Nynaa merancang untuk mengadakannya pada akhir tahun ini dengan harapan pandemik di Malaysia telah beransur surut pada waktu itu.

Ads

 

04

Untuk majlis akad nikah semalam, Nynaa kekal memilih kerjasama bersama penaja busana, Hazara Boutique seperti semasa majlis bertunang tempoh hari. Manis dan elegan dalam persalinan kurung serba putih dengan esen silver, Nynaa melengkapkan ‘look’ tersebut dengan layah minimal serta bunga tangan segar.

Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya

Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya

05

Hanya pakaian pengantin saja yang menerima tajaan. Selebihnya adalah daripada perbelanjaan daripada pihak pengantin perempuan sendiri. Bagi solekannya, Nynaa memilih jurusolek Erin Leola yang merias dengan tema ‘coral’. Ia demi mendapatkan efek effortless tetapi masih kelihatan manis sebagai seorang pengantin baharu. Hiasan inai putih pada tangan pula adalah hasil kreativiti Mad About Henna Puchong manakala rambut Nynaa cantik didandan oleh Amy Nadia.

Congratulations lovebirds!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI