Usahawan dan personaliti media sosial, Pinn Yang berkongsi berita gembira apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Rui Mei.
Berita gembira tersebut dikongsikan pengasas Good Foodie Media itu menerusi platform Tiktok miliknya sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pinn Yang Cadang Nak Buka Yayasan Sendiri, Mahu Bantu Lebih Ramai Golongan Yang Memerlukan
“Exclusive preview of our photos! ( My wife @Mei Mei (Rui Mei), Happiest day in our live,” coretnya.
Sama cantik dan sama padan, hantaran tersebut turut dilihat pasangan merpati dua sejoli itu secocok memakai baju berona putih suci, sementara Pinn Yang mengenakan blazer berwarna kelabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu.
“Mesti isteri dapat kejutan hari-hari, tahniah Pinn Yang,” komen seorang pengguna.
“Syabas dan tahniah buat Pinn Yang dan isteri. Semoga kekal bahagia selamanya,” tulis lagi pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Pinn Yang