Apabila KFC mengumumkan ia bakal membawakan acara muzik terbesar negara, KEPCI Music Fest 2023 menjelang Ogos hingga Oktober 2023, ramai yang menyatakan rasa tidak sabar untuk turun padang memandangkan ia bakal dilangsungkan di tiga buah negeri iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam (26 Ogos); Kadazan Dusun Cultural Association, Sabah (6 Oktober) dan di Stadium Larkin, Johor (21 Oktober).
Tambahan pula, nama-nama besar artis tempatan termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Dolla dan Ella telahpun dijadualkan menggegarkan pentas KEPCI Music Fest 2023. Melengkapkan senarai hampir 40 selebriti popular tempatan di sana nanti ialah Bunkface, Forceparkbois, Masdo, Insomniacks dan juga segmen permainan serta persembahan kebudayaan.
Tak sabarnya!
Kini memasuki hanya beberapa hari sebelum KEPCI Music Fest 2023 dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 yang bakal menjelang, kami pasti ramai yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan tiket masuk.
Ads
@remaja.my Remaja sekitar sidang media Kepci Music Fest 2023 yang berlangsung di Sunway Pyramid sebentar tadi ✨ Antara barisan penghibur yang akan ditampilkan ialah Ratu Rock Malaysia, @ellaaminuddins & kesayangan Malaysia @ctdk 🤩 Wow bukan beshe beshe tauuuu korang! #majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Haa, tak perlu sampai nak ‘berperang tiket’ sebagaimana di muzik-muzik festival lain.
Hanya dengan mengikuti empat langkah mudah di bawah, korang terus layak untuk mendapatkan tiket masuk ke KEPCI Music Fest kali ini.
Ads
Beli mana-mana set KEPCI Music Fest Combo di restoran KFC di seluru Malaysia.
TEBUS tiket secara atas talian dengan kod yang diberikan melalui e-mel pengesahan.
Itu sahaja, mudah kan dengan set KEPCI Music Fest Combo. Makan di mana-mana 770 cawangan KFC di seluruh negara dan korang akan terus memperolehi tiket.
Ads
Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada acara muzik terbesar negara ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kepcimusicfest.com.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
@remaja.my REMAJA sempat bertemu dengan Kak Mitch semasa sidang media Festival Muzik KEPCI 2023 sebentar tadi. Sebagai pengiat seni yang sudah bertapak lebih lama dalam industri, beliau telah pertahankan Nadeera; yang telah dihina paras rupanya. Kak @Misha Omar juga berpesan kepada netizen agar memberi ruang kepada bakat baru, (BBNU) untuk berkembang dimasa hadapan. #majalahremaja#remaja#remajamalaysia#mishaomar♬ original sound – Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan hampir di seluruh negara membuatkan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan melakukan pembelajaran secara online. Namun begitu, bukan semua individu mampu untuk mendapatkan capaian internet yang tinggi bagi memudahkan urusan belajar mahu pun bekerja.
Oleh yang demikian, ada diantara wakil rakyat yang bertanggungjawab melihat situasi ini dan memberi bantuan kepada penduduk sekitar.
Menurut laman Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi beberapa agensi untuk memohon bantuan wifi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai. Ini ekoran pada PKP 1.0 yang lalu, ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk mengakses internet.
Justeru itu, beliau memaklumkan setakat ini terdapat 7 lokasi yang disediakan perkhidmatan wifi percuma, khusus untuk para pelajar yang perlu mengikuti kelas secara online. Lokasi-lokasi tersebut termasuklah;
• Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang
• PPR Kerinchi, PREPKOM Blok A
• Perumahan Pantai Permai
• PPR Pantai Ria, PREPKOM Blok C
• PPR Kg Limau, PREPKOM Blok 94
• PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk
• Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A
*PREPKOM terdahulunya dikenali sebagai Dewan MINTS
Difahamkan, wifi percuma ini disediakan sehingga hujung April nanti, namun YB Fahmi akan cuba berbincang dengan pihak berwajib bagi mempertimbangkan untuk melanjutkan perkhidmatan percuma ini terutama sekiranya kelas online masih diteruskan.
Warga setempat yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, password wifi serta waktu operasi, bolehlah berhubung dengan PIC seperti yang terdapat dalam gambar.
Diharap inisiatif sebegini dapat dilakukan diseluruh kawasan negara, khususnya kawasan luar bandar bagi memudahkan masyarakat menjalani aktiviti pembelajaran dengan mudah tanpa halangan.
Negeri Johor menjadi medan ‘uji kaji’ untuk mengenal pasti isi hati remaja berusia 18 tahun hingga 20 tahun apabila buat kali pertamanya, mereka layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya.
Daripada keseluruhan bilangan pengundi Johor seramai 2,597,742 orang, golangan muda itu mewakili 173,177 orang ataupun 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan. Itu bermaksud, apa jua keputusan mereka untuk memilih parti serta calon yang mana satu akan membawa impak bermakna apabila keputusan penuh diumumkan pada malam ini.
Setakat jam 4.00 petang tadi, media dimaklumkan bahawa hanya 50 peratus sahaja jumlah pengundi yang keluar ke pusat mengundi.
Adakah ini bermakna golongan muda yang menetap di negeri luar Johor tidak pulang ke kampung halaman untuk mengundi? Ataupun sememangnya rakyat Johor masih bimbang dengan penularan COVID-19 lalu tidak yakin untuk keluar mengundi pada hari ini?
Bak kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, mereka mendapati ramai pengundi dewasa yang tidak keluar mungkin atas sebab bimbang COVID-19.
Laporan statistik pengundi yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi akan menjawab persoalan tersebut.
Satu perkara yang REMAJA ingin tekankan adalah mengenai keinginan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun pada kali ini. Ramai yang pernah menentang mengenai kelayakan seseorang sebegitu muda dalam Pilihan Raya di Malaysia. Bagaimanapun, suara rakyat seharusnya didengari bukan saja daripada golongan dewasa tetapi juga anak muda seperti mereka ini. Mereka juga berkepentingan; apatah lagi inilah harapan masa hadapan negeri Johor (dalam kes Pilihan Raya Negeri kali ini) dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.
Lagipun, setiap undi kan berharga kepada parti yang bertanding, ia boleh membezakan nasib calon pada malam ini.
Menurut kajian lapangan oleh Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu dari Universiti Malaya di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dilakukan bersama dengan Astro Awani, ia mendapati bahawa Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan tertinggi golongan itu.
Dengan peratusan sokongan 49.9 peratus, ia jauh meninggalkan parti MUDA yang mendapat sokongan 5.9 peratus walaupun MUDA sepatutnya rapat dengan hati anak muda itu sendiri.
Lain-lain parti bertanding memperolehi sokongan seperti berikut: 17.2 peratus untuk Perikatan Nasional manakala Pakatan Harapan pula hanya sebanyak 12.2 peratus.
Adakah kajian yang dilakukan ini tepat? Sama-samalah kita nanti keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Johor pada malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah perut buncit ataupun boroi ini bukan hanya terjadi kepada orang berusia, remaja pun tak terkecuali tau.
Bagaimana pun bagi korang yang ingin kekal cantik dan langsing, kena rajin dan konsisten melakukan senaman perut ini. Nak tahu caranya. Ikuti panduan ini!
8 Senaman Ini Pantas Kempiskan Perut. Mudah Buat Di Rumah Je!
1. Planks
Ini adalah senaman untuk meratakan perut yang sangat baik kerana dapat menguatkan otot dalaman, otot perut di bahagian atas dan bawah serta membakar lebih banyak kalori berbanding dengan latihan perut yang lain. Ini adalah kerana untuk melakukan planks, anda juga mesti menggunakan otot di kaki, lengan dan punggung. Untuk menyelesaikan latihan ini, baring pada perut anda dan letakkan lengan di atas lantai. Kemudian, tekan ke bawah menggunakan lengan dan tolak ke atas. Gunakan jari kaki sebagai sokongan sehinggalah kepala, leher, punggung dan kaki anda berada dalam garisan lurus.
2. Crunches
Crunches dianggap sebagai cara terpantas untuk membakar lemak perut dan sangat mudah dilakukan di rumah tanpa penggunaan peralatan. Ia cenderung membina daya tahan dan kekuatan pada otot perut anda. Berbaring rata di atas lantai, letakkan tangan di belakang kepala anda, bengkokkan lutut dan letakkan kaki anda dengan rata di atas tanah. Angkat bahagian atas badan dari lantai, hembuskan nafas semasa anda naik dan tarik nafas semasa anda turun. Ulangi langkah sama selama beberapa minit dan berehat.
3. Tekan tubi
Menguatkan otot perut adalah kelebihan bagi latihan ini. Mulakan dengan berbaring di atas lantai, dengan menghadap ke atas. Anda boleh letakkan tangan anda di belakang kepala atau menyilangkannya di hadapan tubuh anda. Pastikan anda jaga bahagian bawah badan dan gerakkan bahagian atas badan ke lutut. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas semasa anda naik. Kemudian, pastikan lengan anda juga tidak terlalu menekan kepala dan leher anda. Anda seharusnya menggunakan otot perut untuk bergerak ke atas dan ke bawah, jadi pastikan leher anda tidak tegang semasa melakukan latihan ini.
4. Kedudukan Bot (Boat pose)
Sekiranya anda ingin mencuba senaman meratakan perut yang mencabar, anda harus cuba lakukan kaedah kedudukan bot untuk bersenam. Melakukan kaedah yoga ini secara teratur dengan cepat akan membantu anda mencapai matlamat untuk mengempiskan perut. Untuk memulakannya, duduk di lantai dengan lutut dibengkokkan. Bersandar sedikit ke belakang dan angkat kaki dan luruskannya sehingga badan anda membentuk bentuk V. Lengan anda harus direntangkan dan selari antara satu sama lain. Pastikan tapak tangan menghadap ke dalam. Ketahui juga bahawa senaman ini perlu melibatkan otot perut dan jaga perut anda agar tetap santai dan rata.
5. Pusingan Rusia (Russian twist)
Duduk di atas tikar lantai dan bengkokkan lutut anda sedikit. Tumit anda juga hendaklah rata di atas tikar. Sekarang, mula bersandar sehingga anda merasakan otot-otot di perut seperti terikat. Anda juga boleh sampai ke posisi ini dengan berbaring di lantai terlebih dahulu. Sekarang, bengkokkan lutut dan naikkan bahagian atas badan anda ke arah lutut. Anda akan menghasilkan seperti bentuk V dengan tubuh dan paha membentuk lengan V. Pegang lengan anda dengan lurus di depan wajah anda. Lakukan putaran secara perlahan dari satu sisi ke sisi yang lain. Pastikan anda bergerak dengan kekuatan otot perut dan bukannya menggunakan lengan anda sahaja.
6. Burpees
Ini adalah langkah bagi membakar lemak yang utama. Untuk mendapatkan perut yang kempis, anda bukan sahaja perlu melakukan pergerakan bagi menguatkan perut, malah anda juga perlu menambahkan latihan kardio ke dalam rutin senaman anda. Mulakan dalam keadaan berdiri. Lompat dengan tangan dan tendang kaki ke belakang sehingga anda berada dalam posisi tekan tubi. Anda mempunyai pilihan untuk melakukan tekan tubi untuk menambahkan sedikit cabaran dalam latihan anda sebelum melompat ke atas menggunakan kaki dan mengulanginya sebanyak 15 hingga 20 kali.
7. Daki Gunung (Mountain climbers)
Fikirkan latihan mendaki gunung sebagai plank bergerak. Anda boleh lakukan latihan mini crunch dalam latihan ini. Letakkan kedua-dua tangan di lantai di hadapan anda, dengan jarak bahu yang terpisah (seolah-olah anda hendak melengkapkan tekan tubi). Kemudian, gunakan jari kaki untuk menolak, tarik kaki kanan ke hadapan dan panjangkan kaki kiri anda ke belakang. Kekalkan jari kaki anda sepanjang latihan, dan lakukan secara bergantian di antara setiap kaki untuk jumlah pengulangan yang diinginkan. Pastikan badan bahagian atas anda tidak bergerak semasa melakukan senaman.
8. Lompat tali
Melakukan lompat tali boleh memberi kesan pada abdomen melintang, abdomen rektus dan obliques dalaman dan luaran anda. Ianya adalah mustahak untuk memasukkan latihan kardiovaskular dalam latihan perut kempis, kerana ia akan membantu anda membakar kalori dan menurunkan berat badan di samping membantu mengetatkan perut anda. Latihan ini memerlukan teknik yang betul: anda hanya perlu mengangkat kaki beberapa sentimeter dari tanah setiap kali tali berlalu dan pastikan tumit anda tidak menyentuh lantai. Juga, pastikan anda memutar tali dengan pergelangan tangan, berbanding menggunakan seluruh lengan anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...