Di Malaysia, bila memasuki jam ke-13 kita berpuasa, perut dah ‘terketaq’ berbunyi dah.
Tapi di United Kingdom, pelajar Malaysia di sana terpaksa bertahan selama lebih 18 jam tanpa makan ataupun minum sepanjang bulan Ramadan. Budaya berpuasa di sana nyata berbeza sedikit berbanding di Malaysia disebabkan peralihan budaya.
Akan tetapi, pada pendapat penulis, ada di kalangan perkara yang mereka lakukan ini amat positif sehinggakan membuatkan diri ini nak sangat mencuba berpuasa di sana.
Haa student Malaysia di UK, ini ke yang korang rasakan setiap kali bertemu bulan Ramadan?
01
Berpuasa Lebih 17 Jam
Di UK, waktu Subuh adalah sekitar jam 3.30 pagi manakala waktu Maghrib dan berbukanya pada jam 8.42pm. Wow! Lebih daripada 17 jam berpuasa, berbanding Malaysia dan Mekah yang hanya perlu berpuasa sekitar 13 ke 14 jam saja.
Waktu berpuasa itu juga akan meningkat lebih lama di akhir bulan Ramadan tahun ini, iaitu sekitar 18 ke 19 jam. Mengikut perkiraan, pada hari terakhir Ramadan 2019 mereka bakal berimsak pada jam 2.48am dan berpuasa hingga jam 9.14pm.
02
InsyaAllah, Ibadah Terjaga
Ads
Tarawikh di Malaysian Hall, UK.
Berbanding di Malaysia yang kaya dengan masjid dan surau di semua tempat, jumlah masjid di UK nyata jauh lebih kurang. Disebabkan itulah, kebanyakan masyarakat Muslim UK jujurnya ternanti-nantikan bulan Ramadan kerana mereka teruja untuk ke masjid pada setiap hari, Alhamdulillah.
Seperkara lagi, ketiadaan budaya bulan Ramadan seperti lagu raya, iklan raya dan bazar Ramadan membuatkan pelajar Malaysia gemar mengisi masa bulan mulia ini dengan aktiviti tadarus, iftar dan berterawih bersama.
03
Berbuka Di Masjid
Berbuka puasa di East London Mosque.
Dan disebabkan itu jugalah, ramai pelajar Malaysia memilih untuk berbuka puasa di masjid. Iyalah, hanya kurang 6 jam saja tempoh yang tinggal antara waktu berbuka dan imsak, lebih baik mereka luangkan saja masa suntuk itu untuk beribadah dan bersama-sama rakan Muslim lain di masjid.
Hampir kesemua masjid menyediakan juadah berbuka dalam skala besar untuk jemaah. Kebanyakan makanan yang disediakan pula terdiri daripada menu Timur Tengah, Pakistan dan Turki.
Ads
04
Berbuka di Restoran Halal
Restoran Hoppers.
Sometimes, mereka juga nak berubah selera. Jadi restoran Halal di sekitar London akan menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Antara yang dicadangkan oleh pelajar Malaysia di sana ialah House of Ho (makanan Vietnam dan Thailand), Hoppers (makanan Sri Lanka) dan Guanabana.
05
Bazar Ramadan Malaysia
Di Cardiff, UK.
Pelajar Malaysia di UK juga rajin untuk menganjurkan ‘Bazar Ramadan Malaysia’ mini yang menjual lauk pauk Malaysia. Antaranya yang sempat dicuba rakan kami di sana ialah sambal keli, nasi kerabu dan sambal udang.
Ads
Fuhh sedap tu! Bukan saja pelajar Malaysia yang akan mengerumuninya, ramai juga pelajar dan rakyat Inggeris, Arab dan China yang turut membeli.
06
Kadangkala Tak Cukup Tidur
Disebabkan ada pelajar yang memilih untuk berada di masjid sehingga Imsak, mereka hanya akan tidur selepas solat Subuh.
Namun kerana bulan Ramadan jatuh pada musim panas, matahari di UK sudah terik seawal jam 5 pagi. Susah dah nak tidur pada waktu itu dan akibatnya, ada yang mengantuk untuk sepanjang hari. Hehe, standard lah.
07
Masih Selesa, Alhamdulillah
Walaupun berada dalam musim panas, rakan pelajar kami di sana berkata berpuasa di UK tidaklah sesukar mana kerana cuaca di sana mendung dan kadangkala hujan. Lantas suasananya masih selesa dan berangin.
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya REMAJA ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berada di UK! Take care.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata filem karyawan negara kita tidak mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa?
Buktinya, empat kategori signifikan telahpun dimenangi oleh beberapa filem yang menampilkan bakat dari Malaysia di anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA) 2020 beberapa hari yang lalu.
Ia adalah menerusi filem yang diiktiraf ramai sebagai di antara filem terbaik tahun lalu, The Garden of Evening Mists, siri animasi original, Lamput dan juga drama bersiri antologi original berjudul Food Lore.
Jom lihat siapakah gerangan pemenang yang telah mengharumkan nama Malaysia di anugerah tersebut.
Yeo Yann Yann
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon kelahiran Malaysia ini menerima anugerah tersebut menerusi filem Invisible Stories yang melalui proses penggambaran di Singapura.
Invisible Stories menceritakan mengenai kisah rakyat yang menetap di kawasan perumahan estet berbilang kaum di Singapura. Yann Yann membawakan watak seorang ibu tunggal yang berdepan masalah kewangan sambil cuba untuk membesarkan seorang anak lelaki berusia 19 tahun yang menghidapi simptom autism.
Selepas kematian neneknya, remaja lelaki tersebut terus-menerus menunjukkan tindak-tanduk agresif.
The Garden of Evening Mists
Filem Terbaik
Filem ini merupakan di antara beberapa filem terakhir yang sempat untuk melakukan tayangan perdana besar-besaran di Malaysia sebelum negara dilanda musim pandemik dan segala jenis promosi ditunda atau dibatalkan. Ia mengisahkan tentang dua orang adik-beradik perempuan pada musim perang dunia kedua di Malaya.
Mengambil tempat di Cameron Highlands, Teoh Yun Li menemui pereka landskap berdarah Jepun, Nakamura Aritomo dan mula berlatih dengan lelaki tersebut untuk membina laman Jepunnya sendiri.
Lamput
Program Kanak-Kanak Terbaik
Ini bukanlah kali pertama Lamput memenangi kategori ini, ia adalah kali KETIGA ia berjaya merebutnya! Lamput dihasilkan oleh studio animasi tempatan, Inspidea dan ditayangkan di saluran Cartoon Network.
Takuti Saitoh – Food Lore: Life In A Box
Pengarah Terbaik (Fiksyen)
Food Lore merupakan siri drama yang banyak berkisarkan subjek makanan menarik Asia.
Dalam episod berjudul Life In A Box yang diarahkan oleh Takumi Saitoh, ia menceritakan tentang pertemuan penulis buku bergambar yang baru saja bergelar duda, anak perempuannya dan seorang bekas penggusti semasa dalam perjalanan menaiki kereta api dari Tokyo.
Mereka kembali mengingati momen lama yang menerbitkan rasa nostalgia, memori dan kisah cinta. Episod ini menampilkan Miller Khan dan ditayangkan di saluran HBO.
*
Ramai sebenarnya anak kelahiran Malaysia yang berbakat dan diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Contohnya seperti pengarah, pelakon dan YouTuber, Syahmi Sazli yang baru saja diiktiraf oleh FINAS sebagai Ikon Pengarah Muda negara.
Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan ini juga dijadikan sebagai makanan selesa atau ‘comfort food’ bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Bagi mereka yang tidak suka beratur panjang hanya untuk membeli laksa anda tidak perlu risau, kerana resepi laksa yang dikongsi oleh Sharifah Zuhaiza melalui laman Facebooknya sama seperti laksa Aeon! Pasti aroma dan rasa laksa yang lebih kurang ini akan puaskan hati anda sebagai penggemar laksa Aeon itu.
RESEPI LAKSA ALA-ALA AEON
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya. Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
BAHAN
– Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
– Pes asam pedas adabi
– Bawang besar
– Bawang holland setengah biji
– Asam keping
– Belacan
– Daun kesum
– Bunga kantan
– Bebola ikan
– Laksa basah
CARA MASAK
1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)
2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2.
5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
So apa lagi, jom la cuba! Kecur pula penulis tengok laksa ni lama-lama.hiks
Sumber : Sharifah Zuhaiza
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Milly daripada filem Ada Apa Dengan Cinta dan Milea daripada filem Dilan 1990?
Kedua-dua watak itu berjaya meninggalkan impak yang berkesan kepada penonton di pawagam sehinggakan filem masing-masing mencecah rekod box office hebat.
Tapi tahukah korang bahawa kedua-dua pelakon wanita itu sebenarnya merupakan adik-beradik??
Ya, Sissy Pricillia (Milly) dan Vanesha Priscillia (Milea) merupakan 2 orang pelakon terkenal Indonesia yang berasal dari famili yang sama.
Menariknya, Astro Shaw dengan kolaborasipenerbit Indonesia akan memaparkan Sissy dan Vanesha bergandingan untuk kali pertama menerusi sebuah filem berjudul Backstage.
Backstage merupakan sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara sisterhood dan muzik.
Di Indonesia sendiri, peminat filem di sana begitu teruja dengan pengumuman Backstage di sebuah sidang media sehingga berita tersebut menjadi fenomena.
Bagi pihak Astro Shaw, mereka percaya dengan content dan jalan cerita filem yang mampu menarik perhatian ramai. Mereka juga berharap lebih banyak kerjasama seumpama ini antara Malaysia dan Indonesia akan terjalin pada masa akan datang.
Backstage dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada Jun 2020 manakala di Malaysia pula, ia dijangka ditayangkan Julai 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan baharunya, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di platform Threads....