Cakaplah apa nak cakap, kecamlah apa nak kecam, namun BTS sekali lagi sapu bersih anugerah Top Social Artist di Billboard Award 2019 #BBMAs selama tiga tahun berturut-turut. Bukan tu je, BTS turut terkejut apabila nama mereka diumumkan sebagai pemenang untuk Top Duo/Group turut mengalahkan nama-nama besar dalam industri muzik Hollywood seperti Maroon 5 dan Imagine Dragons. Kpop benar-benar takluk muzik antarabangsa kali ini.
Untuk tahun ini, BTS tercalon bersama beberapa grup kpop yang lain iaitu EXO dan GOT7. Menurut Billboard pada 1 May, secara rasminya BTS mengungguli undian bagi kategori tersebut. Betul-betul buat kerja ARMY (kelab peminat BTS) seluruh dunia kali ini.
Ads
Tentu sekali ARMY tak sabar menanti persembahan grup kegilaan ramai itu dengan Halsey yang baru-baru ini kembali dengan lagu Boy With Luv menerusi album Persona. Persembahan mereka tentu sekali memukau dan Halsey nampak macam selebriti kpop bila turut menari bersama BTS ketika persembahan. Betul-betul rare persembahan ni. Kalau nak tahu, ini merupakan persembahan live bersama Halsey selepas lagu tersebut keluar pada hujung April lalu.
Setelah seharian isu melempang pelakon Chris Rock secara live di anugerah Oscars hangat diperkatakan oleh penonton di seluruh dunia, hari ini Will Smith telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Chris.
Will yang memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Chris difahamkan enggan mengenakan dakwaan ke atas Will semalam atas tindakan keganasan fizikal yang dilakukan olehnya.
“Keganasan dalam semua bentuk adalah ‘beracun’ dan merosakkan. Tindakan saya sewaktu anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan. Jenaka yang dilakukan terhadap saya adalah sebahagian daripada pekerjaan ini, tetapi jenaka mengenai keadaan kesihatan Jada adalah terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris (Rock). Saya bertindak secara melampau dan saya bersalah,” catat Will yang mengakui tiada alasan untuk bertindak secara ganas dalam dunia ini.
Malu dengan tindakannya yang mencerminkan dirinya, tindakan Will semalam juga membuatkan ramai peminatnya selama 30 tahun berkecimpung dalam industri lakonan keliru dengan diri Will yang mereka sangkakan sebagai seorang lelaki budiman.
Tambahnya, “Saya ingin memohon maaf kepada pihak Akademi, para penerbit acara, kesemua hadirin dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Saya ingin memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga (produksi) King Richard. Saya menyesali tindakan saya yang telah merencatkan keadaan untuk kita semua. Saya masih dalam proses (memperbaiki diri),” catatnya.
Sementara itu, pihak penganjur Anugerah Akademi berkata mereka bakal bersidang secara rasmi bagi membincangkan tindakan susulan ke atas Will Smith dan trofi kemenangannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini kumpulan k-pop lelaki popular antarabangsa, BTS telah pun diberi kelonggaran untuk menangguhkan latihan ketenteraan disebabkan kerjaya seni mereka yang memerlukan komitmen tinggi, disamping ia juga dapat membawa nama Korea di mata dunia.
Akhir tahun lalu, Kementerian Pertahanan Korea telah menerima permohonan daripada Jabatan Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan untuk menangguhkan pendaftaran ahli kumpulan BTS menyertai latihan ketenteraan sehingga usia 30 tahun. Di Korea, semua lelaki wajib menjalani latihan ketenteraan tidak ada yang terkecuali walaupun mereka bergelar selebriti.
Namun, seorang penganalisis kewangan dari Pelaburan dan Sekuriti Terkemuka, Yoo Seong Man meramalkan bahawa anggota BTS akan bergabung dalam tentera bersama pada pertengahan 2022.
Ini kerana pada tahun hadapan Jin menginjak masuk umur 30 tahun dan jika spekulasi itu benar, kesemua ahli BTS yang lain akan turut sama mendaftar kemasukan latihan ketenteraan pada tahun 2022.
Huh, mesti Army dah nervous kan? Hiks!
Menurut Yoo Seong Man lagi, “Saya menjangkakan bahawa ahli BTS akan bergabung bersama pada pertengahan 2022. Kerana pra-produksi kandungan seperti album sebelum pendaftaran mereka, hanya akan ada jurang satu tahun (tanpa content BTS)”
“BTS kini berada di peringkat bintang dunia yang setaraf dengan Michael Jackson atau The Beatles, sehingga mereka dapat terus menghasilkan keuntungan dan keuntungan walaupun berkhidmat di latihan ketenteraan,”
Beliau juga yakin bahawa pihak HYBE sudah mempunyai ramai selebriti naungan yang boleh diketengahkan untuk mengisi ‘kekosongan’ ketika BTS tidak lagi aktif kerana menjalani latihan tersebut.
Jadi, sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan mereka okay?
Jika sebelum ini kita perlu turun di Stesen Kl Sentral untuk pertukaran penggunaan pengangkutan awam melibatkan sistem transit aliran ringan, Komuter, MRT dan sebagainya, sejak tiga hari lalu, pengguna tidak perlu turun di stesen tersebut sebaliknya boleh berbuat demikian di Stesen Pasar Seni.
Ini kerana sebuah jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Stesen LRT Pasar Seni dengan Stesen KTM Kuala Lumpur telah dibuka sekaligus menyediakan kesalinghubungan langsung dan mudah untuk pengguna pengangkutan awam bertukar dari perkhidmatan tren MRT dan LRT ke KTM.
Jejantas sepanjang 102-meter telah dibina oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaras dengan skop kerja MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK). MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd merupakan rakan pelaksana projek dan Trans Resourced Corporation Sdn Bhd ialah kontraktor kerja tersebut.
Selain pembinaan jejantas melintasi Sungai Klang, kerja-kerja juga termasuk pengubahsuaian dan penambahbaikan kawasan ruang legar dan platform Stesen LRT Pasar Seni, dan juga kawasan pintu masuk Dayabumi di Stesen Kuala Lumpur.
Kerja pembinaan telah bermula pada April 2016 dan telah dijadualkan untuk disiapkan pada Disember 2019. Kos kerja ialah RM103.8 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Abdul Yazid Kassim berkata bahawa beliau berharap jejantas baharu ini akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam kerana ia akan membolehkan pertukaran di antara perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM dengan lebih mudah dan selesa.
“Kesalinghubungan yang sempurna merupakan salah satu daripada elemen paling penting dalam pengangkutan awam kerana ia menjadikan pertukaran di antara perkhidmatan dan mod lebih mudah dan cekap. Tanpa kemudahan sedemikian, orang ramai akan hilang minat untuk menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau berkata bahawa melihat kepada Stesen MRT Pasar Seni turut dihubungkan dengan lancar dengan Stesen LRT Pasar Seni, ketiga-tiga stesen kini akan menjadi tempat pertukaran utama untuk perkhidmatan tren MRT, LRT dan KTM.
“Jejantas juga direka bentuk untuk menyediakan integrasi tambang pada masa hadapan di antara sistem kutipan tambang LRT-MRT dan juga KTM. Kami berharap suatu hari nanti, pengguna hanya perlu berjalan kaki dari Stesen LRT ke Stesen KTM dan sebaliknya secara terus tanpa perlu melalui sebarang pintu tiket atau membeli tiket baharu,” kata beliau.
Yazid mengucapkan tahniah kepada PDP dan kontraktor yang telah berjaya menyiapkan jejantas lebih awal dari waktu yang ditetapkan dan juga pembinaan yang berkualiti. Beliau berkata bahawa pemilikan, operasi dan penyelenggaraan jejantas kini adalah di bawah Prasarana.
“Jejantas yang akan dibuka kepada penumpang seawal 6 pagi pada Jumaat, 8 November 2019,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.
Beliau berkata: “Pengguna yang keluar dari Stesen KTM Kuala Lumpur yang ingin bertukar ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang digalakkan untuk menggunakan jejantas pejalan kaki baru kerana ia akan memendekkan masa pertukaran mereka”.
“Selain itu, kemudahan walkalator telah dipasang di jejantas pejalan kaki untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan kepada para penumpang”.
Jejantas baharu ini menghubungkan secara langsung aras ruang legar Stesen KTM Kuala Lumpur di pintu masuk Dayabumi dengan kawasan berbayar Stesen LRT Pasar Seni. Dari sini, pengguna yang ingin ke Stesen MRT Pasar Seni hanya perlu berjalan ke eskalator menghala ke bawah terus ke Stesen MRT yang bertentangan dengan jejantas baharu.
Jejantas baharu ini dilengkapi kipas dan pencahayaan yang cukup dan juga sepasang walkalator menjadikan perjalanan di antara stesen lebih mudah dan selesa. Satu set pintu tiket turut dipasang untuk memberikan akses yang lebih mudah untuk ke Stesen LRT.
Papan tanda baharu juga telah dipasang di Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen KTM Kuala Lumpur untuk membantu pengguna menuju ke destinasi mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...