Bintang K-Drama yang terkenal, Song Kang, mengaku bahawa drama Sweet Home musim kedua yang akan ditayangkan di platform penstriman Netflix bermula esok adalah skrip terakhirnya sebelum beliau memulakan perkhidmatan tentera.
Kang, 29, dalam sebuah temu bual maya yang disiarkan secara langsung dari Seoul, Korea Selatan, menyatakan bahawa kerana perkhidmatan tentera adalah suatu kewajipan di negaranya, beliau sudah bersedia untuk melaksanakannya dalam masa terdekat.
“Iya betul (lakonan terakhir sebelum memulakan perkhidmatan tentera). Ini adalah tanggungjawab saya. Jadi, saya akan menunaikan tugas tentera tersebut.
“Saya akan kembali dengan sihat dan baik-baik sahaja,” kata pelakon tersebut yang memulakan kerjaya lakonannya melalui drama The Liar and His Lover pada tahun 2017.
Ads
Pada masa yang sama, dirinya mengakui bahawa beliau tidak begitu beremosi menjalani perkhidmatan tentera kerana memahami bahawa itu adalah suatu kewajipan, malah bersedia untuk menyumbang semula kepada industri lakonan setelah menyelesaikan tugas tersebut.
“Perkara ini tidak terlalu memberi kesan kepada saya hanya kerana ia drama terakhir sebelum memasuki tentera. Ia lebih kepada bagaimana drama Sweet Home telah membentuk diri saya sekarang,” katanya.
Ads
Buat makluman di Korea Selatan, lelaki dari umur 18 hingga 35 tahun diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera dalam tempoh sehingga 21 bulan.
Sweet Home musim kedua yang diarahkan oleh Lee Eung Bol turut dibintangi oleh Lee Jin, Uk Lee, Si Young, Ko Min Si, Jinyoung, Yoo Oh Seong, dan Kim Moo Yeol.
Watak Cha Hyun Su yang dilakonkan olehnya sebelum ini berjuang menentang raksasa dan menjadi satu-satunya harapan bagi penduduk Green Home, tetapi kini beliau bersendirian selepas beberapa peristiwa berlaku setelah beliau meninggalkan kawasan tersebut.
Ads
Hmmmmm…kwenchana yeorobon! Pejam celik, pejam celik Song Kang pasti akan kembali menghiburkan kalian semua okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak seperti beberapa artis antarabangsa yang meminggirkan Kuala Lumpur sebagai destinasi kunjungan jelajah konsert mereka, kumpulan pop rock dari Los Angeles, LANY sebaliknya sentiasa memilih untuk bertandang ke sini demi peminat setia mereka.
Jika korang masing ingat pada tahun lalu, LANY pernah menjayakan konsert A November To Remember yang berskala besar di Axiata Arena and it . was . amazing.
Vokalisnya, Paul juga pernah berjanji akan kembali semula ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi jelajah konsert LANY yang seterusnya.
Nampaknya, kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hit seperti ILYSB, Malibu Nights, Mean It dan Super Far ini tidak puas menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dan ingin mengotakan janji.
Sekali lagi, LANY bakal ke sini pada 24 Ogos ini sempena jelajah First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour.
Konsert kali ini dikecilkan sedikit skalanya demi menyesuaikannya sebagai acara pra-jelajah dunia. Bagaimanapun, itu tidak bermakna LANY tidak akan memberikan kepuasan sama seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
Tambahan pula, LANY baru sahaja meluncurkan single terbaru berjudul Love At First Sight. Ia juga merupakan lagu sulung yang dipetik daripada album kelima berjudul I Really Really Hope So yang masih menunggu tarikh pelancaran.
Tiket konsert First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 6 Jun 2023 pada jam 3 petang di laman web rasmi livenation.my.
Sementara menunggu enam hari lagi sebelum jualan tiket dibuka, jom imbas kembali sesi temubual yang pernah REMAJA lakukan bersama LANY pada tahun 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu kehilangan kerja. Sektor-sektor utama negara terpaksa mengecilkan operasi sekaligus terpaksa melepaskan pekerja yang selama ini telah berbakti kepada syarikat.
Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, salah satu cerita menarik membuatkan penulis patut kongsikan kepada anda adalah kisah kapten-kapten AirAsia yang mengambil inisiatif membuka restoran dan seterusnya menggaji kru-kru penerbangan yang kehilangan kerja sebagai kakitangan restoran mereka.
Kapten Fredrick Jeremy dan Kapten Azrul Hakim antara yang membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.
Apa yang menarik seiring pembukaan restoran mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula kru penerbangan yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.
“Selain terpaksa menunda pembukaan restoran kami berikutan keadaan semasa, kami juga menghadapi cabaran untuk mendapatkan kakitangan bagi membantu menguruskan restoran. Jadi kami berbesar hati untuk mengambil semula Allstars menjadi sebahagian daripada pasukan kami.
“Kami berbangga kerana mempunyai keluarga Allstars kini dan selamanya! Ini membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” ujar Kapten Azrul Hakim. Ternyata usaha murni ini selari dengan semangat mereka untuk meneroka pasaran baru dalam kelembapan ekonomi dek pandemik dan sekaligus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Mungkin kalau anda rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia. Kunjungi restoran Santan berdekatan anda atau boleh menempahnya menerusi aplikasi pesan hantar yang ada di telefon pintar anda.
***P/S- Rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! Sedap!
Sumber: AirAsia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, syarikat SM Entertainment telah mengumumkan bahawa penyanyi dan juga anggota kumpulan K-Pop terkenal, Taeil telah dikeluarkan dari NCT disebabkan jenayah seksual yang tidak dapat dinyatakan lagi.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial yang dimuat naik oleh akaun rasmi SM Entertainment, pihak syarikat berkenaan mengumumkan pemecatan Taeil.
Menurut mereka, Taeil atau nama sebenar Moon Tae Il (30) telah terlibat dalam kes jenayah seksual yang amat serius.
“Ini adalah SM Entertainment. Kami baru-baru ini mengesahkan bahawa Taeil telah terlibat dalam kes jenayah yang berkaitan dengan jenayah seksual.”
“Ketika sedang menyiasat kes dan situasi tersebut, pihak kami menyedari bahawa masalah ini sangat serius dan memutuskan Taeil tidak dapat melanjutkan sebarang aktiviti bersama kumpulan (NCT),” jelas SM Entertainment dalam kenyataan sama yang dimuat naik.
Tambah syarikat berkenaan itu lagi, pihaknya juga telah membahas masalah ini bersama ahli anggota NCT tersebut dan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Taeil daripada menjadi sebahagian anggota kumpulan K-Pop yang terkenal dengan lagu Cherry Bomb, Simon Says dan Kick It.
SM Entertainment juga memberitahu bahawa Taeil kini sedang memberi kerjasama dengan pihak polis penyiasat dan akan memberikan kenyataan tambahan dari masa ke semasa.
Melalui kenyataan sama, SM Entertainment turut memohon maaf kepada para peminat di atas kontroversi yang dilakukan oleh artis mereka.
Sekadar info, NCT adalah sebuah kumpulan yang diasaskan oleh SM Entertainment pada tahun 2016 dan mempunyai 25 orang ahli anggota. Di dalam NCT, mereka juga terbahagi kepada enam (6) kumpulan sub-unit iaitu NCT 127, NCT Dream, NCT U, NCT Wish, WayV, dan NCT DoJaeJung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...