Bintang K-Drama yang terkenal, Song Kang, mengaku bahawa drama Sweet Home musim kedua yang akan ditayangkan di platform penstriman Netflix bermula esok adalah skrip terakhirnya sebelum beliau memulakan perkhidmatan tentera.
Kang, 29, dalam sebuah temu bual maya yang disiarkan secara langsung dari Seoul, Korea Selatan, menyatakan bahawa kerana perkhidmatan tentera adalah suatu kewajipan di negaranya, beliau sudah bersedia untuk melaksanakannya dalam masa terdekat.
“Iya betul (lakonan terakhir sebelum memulakan perkhidmatan tentera). Ini adalah tanggungjawab saya. Jadi, saya akan menunaikan tugas tentera tersebut.
“Saya akan kembali dengan sihat dan baik-baik sahaja,” kata pelakon tersebut yang memulakan kerjaya lakonannya melalui drama The Liar and His Lover pada tahun 2017.
Ads
Pada masa yang sama, dirinya mengakui bahawa beliau tidak begitu beremosi menjalani perkhidmatan tentera kerana memahami bahawa itu adalah suatu kewajipan, malah bersedia untuk menyumbang semula kepada industri lakonan setelah menyelesaikan tugas tersebut.
“Perkara ini tidak terlalu memberi kesan kepada saya hanya kerana ia drama terakhir sebelum memasuki tentera. Ia lebih kepada bagaimana drama Sweet Home telah membentuk diri saya sekarang,” katanya.
Ads
Buat makluman di Korea Selatan, lelaki dari umur 18 hingga 35 tahun diwajibkan menjalani perkhidmatan tentera dalam tempoh sehingga 21 bulan.
Sweet Home musim kedua yang diarahkan oleh Lee Eung Bol turut dibintangi oleh Lee Jin, Uk Lee, Si Young, Ko Min Si, Jinyoung, Yoo Oh Seong, dan Kim Moo Yeol.
Watak Cha Hyun Su yang dilakonkan olehnya sebelum ini berjuang menentang raksasa dan menjadi satu-satunya harapan bagi penduduk Green Home, tetapi kini beliau bersendirian selepas beberapa peristiwa berlaku setelah beliau meninggalkan kawasan tersebut.
Ads
Hmmmmm…kwenchana yeorobon! Pejam celik, pejam celik Song Kang pasti akan kembali menghiburkan kalian semua okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana negara yang dihambat kekangan perjalanan ke luar negara dek pandemic Covid-19, membuatkan kita semakin menghargai lokasi-lokasi menarik pelancongan di dalam negara.
Merupakan sebuah hotel yang berkonsep rumah inap dan kafe, Padi Box ini direka dan dibina dari kontena barang dan terletak di kawasan sawah padi yang popular di daerah Sekinchan, Selangor.
Menarik tentang Padi Box ini, rekaannya yang moden disulam dengan serlahan dinding yang dicat dengan konsep berwarna-warni menjadikan ia nampak gah dalam kehijauan sawah padi. Semestinya lokasi ini sesuai untuk mereka yang mahukan kedamaian dan juga melakukan siri ‘ootd’.
Selain kecantikan alam semula jadi, Padi Box ini menawarkan katil yang selesa bersama bilik air peribadi untuk mereka yang menginap di sini. Selain itu kemudahan televisyen dan wifi juga disediakan.
Sumber & Gambar: via twitter @TourismMalaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas mencatatkan kutipan yang memberansangkan di pawagam pada November tahun lalu, animasi Even Ali yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini mencipta satu lagi sejarah. Kali ini mereka ke peringkat antarabangsa pula!
Ejen Ali bersama 5 lagi animasi tempatan iaitu Saladin, Soccer Bugs, Cingkus Blues, Knowsy Nina Wants To Know dan Super Tots tidak lama lagi akan dapat disaksikan oleh penonton di 6 buah negara asing menerusi Amazon Prime.
Negara-negara tersebut termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Ireland, Australia dan New Zealand.
Kita sedia tahu bukan mudah untuk menghasilkan siri animasi seperti Ejen Ali sehingga ia mencapai tahapnya sekarang. Kerja keras dan masa yang lama diperlukan untuk penghasilan naskah yang diiktiraf di peringkat dunia.
Perkembangan positif ini bukan saja untuk menjana pendapatan tetapi juga membawa nama Malaysia sebagai peneraju baru dari Asia yang menyediakan intipati animasi berkualiti.
Pergh, bangga!
Sepanjang tempoh kuarantin di seluruh dunia, rancangan kanak-kanak diakui mencatatkan peningkatan tontonan berikutan masa yang diluangkan di rumah.
Sebelum ini, Ejen Ali pernah mencatatkan kutipan tiket pawagam sehingga RM30juta lalu memecahkan rekod catatan tertinggi filem animasi di Malaysia.
Ya, tak kiralah ketika korang masih di zaman kanak-kanak ataupun sudah ‘besar panjang’ sekarang, filem Disney tetap akan bertakhta di hati! Gituh..
Siapa sangka, dalam tempoh kurang setahun dari sekarang, kita akan menonton filem pertama Disney yang ditulis oleh seseorang yang berdarah Malaysia.
Pergh bangga!
Filem yang berjudul ‘Raya & The Last Dragon’ ini akan dibintangi oleh Cassandra Steele dan Awkfina (Crazy Rich Asians). Ia diterbitkan oleh Osnat Shurer (Moana) dan yang paling penting, ia ditulis oleh Adele Lim yang berasal dari Malaysia.
Adele yang juga merupakan penulis-bersama untuk filem Crazy Rich Asians tidak dapat menutup keterujaannya apabila Raya & The Last Dragon disahkan bakal menemui penonton di pawagam pada tahun hadapan.
Menurutnya, filem animasi ini diinspirasikan oleh kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Sama seperti filem yang pernah ditulis olehnya sebelum ini, Adele bangga dengan asal-usul dirinya dari Malaysia dan rantau Nusantara.
Lalu, pasti ada elemen dari negara kita yang akan cuba diterapkan olehnya – seperti nama karakter utamanya sendiri iaitu Raya!
Raya & The Last Dragon menceritakan mengenai pahlawan perempuan bernama Raya (Cassandra) yang sedang dalam misi mencari naga terakhir di atas muka bumi bernama Sisu (Awkwafina) demi menyelamatkan dunia miliknya, Kumandra.
Sebelum ini, filem tersebut dijadualkan keluar pada 25 November 2020. Namun atas kekangan wabak pandemik Covid-19, perancangan tersebut perlu ditangguh sehingga ke 12 Mac 2021
Ini juga adalah filem bukan muzikal pertama oleh Walt Disney Animation Studios sejak Moana (2016).
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seminggu kita beraya sakan, makan ketupat rendang, jumpa sanak saudara… tiba-tiba kena masuk kerja balik? Memang rasa lemau habis!
Biasalah, raya kan sebulan. Ramai yang...