Dengan kehadiran tahun baru, pastinya trend cantik akan berubah-ubah mengikut musim.
Kalau diimbas kembali, banyak trend 2017 yang kami suka seperti trend rambut messy bun seperti Dua Lipa, trend rambut buzz cut seperti Cara Delevigne dan trend pupur muka (facial mask) yang digilai ramai.
Namun, ada sesetengah trend yang – hhm – mungkin elok dilupakan je secepat mungkin.
Squiggle eyebrow ataupun wavy eyebrow. Ada yang menyamakannya dengan emoji ular dan ombak. Apa yang diperlukan untuk korang create kening sebegini adalah washable glue dan concealer.
Tapi tak perlu kot nak cuba lagi.
Trend bibir ini dimulakan oleh jenama terkenal MAC Cosmetics pada sebuah persembahan fesyen, Mac lalu.
Kami juga pernah mencuba teknik ini pada penghias cover isu April tahun ini, Raysha Rizrose. Guilty!
Sebenarnya, teknik solekan gincu ini tidaklah pelik sangat JIKA untuk tujuan photoshoot saja. Kalau ke shopping mall dengan bibir sebegini, memang semua menjelinglah jawabnya.
Permainan fidget spinner diakui sebagai antara trend terhebat 2017. Namun, kalau ya pun dah obses dengan figdet spinner, perlu ke sampai dekat kuku pun nak letak satu?
Ooh la la! Solekan bibir berkilat atau glitter lips bukanlah perkara baru. Ingat tak Madonna pada era 80-an. (Okay masing-masing belum lahir lagi pada masa itu)
Kami rasakan bibir berkilat akan kekal trendy pada tahun hadapan. Tetapi kalau boleh, janganlah gunakan warna yang pelik seperti biru, ungu dan emas. Stick to pink, red, coral and brown.
Comel atau ngeri? Kami pun keliru sebenarnya.
Bukan setakat kuku diletakkan rambut ala Ju-On, ia lengkap dengan lukisan ekspresi muka berlainan.
Mungkin kuku boleh menggantikan emoji. Kalau moody, tunjukkan kuku moody. Kalau marah, tunjukkan jari tengah korang. Eh, jangan!
Unicorn coloured hair actually looks pretty cool.
Tapi kalau dah dari rambut, solekan mata, bibir, baju T hingga kasut pun nak bermotifkan unicorn, hhm.. Rambut siap bertanduk lagi pula tu.
Ya! Kami pun suka memakai stokin di dalam rumah lebih-lebih lagi apabila hujan lebat pada waktu malam. Tetapi, janganlah sampai sarungkan stokin dan leggings berbulu walaupun fabrik berbulu boleh menghangatkan kaki.
Obviously, trend mengarut ini hanya direka-reka oleh Instagrammers dan YouTubers untuk tujuan suka-suka. Tetapi tak bermaksud ia boleh terlepas daripada senarai trend terburuk 2017.
Caranya? Ambil 2-3 bulu mata palsu dan tampal menggunakan gam di bahagian dalam sebagai ‘penapis’ ekstra untuk hidung.
Orang lain sungguh-sungguh nak hilangkan eye bag, dia makin suka nak tambah.
Ketika foto perkahwinan pelakon Song Joong Ki dan Song Hye Kyo tersebar di internet tahun ini, semua pelik mengapa mata mereka kelihatan sembab.
Rupanya, ia hanyalah satu trend solekan popular di Korea Selatan agar mata kelihatan lebih besar daripada kebiasaan.
Teknik ini hanya ditujukan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang tebal dan panjang. Hanya bermodalkan washable glue dan manik, asingkan kening ke bahagian atas dan bawah serta lekatkan manik mengikut kesesuaian.
Kalau ya pun bersemangat untuk cuti, tak perlulah sehingga nak menjadi pokok krismas. Hiks!