Dari dulu, kita senang menzahirkan rasa simpati tatkala melihat golongan kurang upaya. Selain ada rasa ingin tahu bagaimana dia boleh jadi begitu, sikap ingin membantunya juga membuatkan kita mudah memzahirkan perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN : Autisme Bukan Halangan Pelajar PhD Ini Berjaya, Nur Arif Ingin Jadi Pensyarah

OKU Pertama Diangkat Sebagai Angkasawan, Kenali John McFall
Foto Via skysports

Namun, siapa sangka seorang OKU mampu berjaya sehingga ke angka lepas. Hal ini selepas Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mengumumkan individu bernama John McFall sebagai parastronaut pertama di dunia.

Ingin membuktikan kebolehan dan keupayaan orang kelainan upaya (OKU), ini merupakan langkah penting bagi memberi peluang  (OKU) untuk bekerja dan tinggal di angkasa lepas.

Bekas Pelari Pecut Sukan Paralimpik

Individu bertuah ini bernama McFall yang merupakan bekas pelari pecut sukan paralimpik dari Britain. Beliau salah seorang daripada 17 individu baharu yang dipilih untuk menjalani latihan sebagai angkasawan.

Ads

McFall akan mengambil bahagian dalam ujian kebolehlaksanaan yang membolehkan ESA menentukan prasyarat bagi individu OKU yang terlibat dalam misinya pada masa akan datang.

OKU Pertama Diangkat Sebagai Angkasawan, Kenali John McFall
foto via National World

“Ia merupakan pengalaman yang agak mencabar kerana sebagai seseorang yang tidak mempunyai satu kaki, saya tidak pernah terfikir akan menjadi angkasawan. Saya amat teruja,” kata McFall.

Pada usianya 19 tahun, McFall kehilangan kaki kanannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal.

Jurutera-jurutera ESA akan mencipta pengubahsuaian perkakasan yang diperlukan untuk menjadikan penerokaan angkasa lepas secara profesional lebih mudah diakses oleh orang yang lebih berkelayakan.

Ads
OKU Pertama Diangkat Sebagai Angkasawan, Kenali John McFall
Foto Via CNN

Individu OKU yang benar-benar berkemampuan untuk lulus dalam ujian psikologi, kognitif dan ujian lain telah dijemput untuk memohon jawatan sebagai angkasawan ESA tahun lalu.

Pihak ESA menerima 257 permohonan untuk menjadi parastronaut. Golongan ini tidak berpeluang untuk menjadi angkasawan hanya kerana batasan dari segi perkakasan yang tersedia untuk individu OKU.

Jadi siapa kata OKU tak mampu berjaya? Kalau ada semangat usaha pasti seseorang itu akan berjaya.

Ads

BACA : Kisah Peguam Autistik, K-Drama ‘Extraordinary Attorney Woo’ Raih Sambutan Hebat

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI