Biarpun sudah memberikan sepenuh raga menentang musuh tradisi China demi membanggakan negara di Sukan Olimpik, pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia masih merendah diri dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti yang diharapkan.
Pemain muda berusia 23 tahun itu tewas kepada seteru senior, Chen Long semalam dengan keputusan 21-8, 19-21 dan 5-21 dalam pusingan kalah mati.
Sekaligus, ia menutup harapan Malaysia untuk melihat seorang lagi atlet badminton negara mara ke peringkat separuh akhir selepas gandingan beregu lelaki; Aaron Chia – Soh Wooi Yik.
View this post on Instagram
Lee Zii Jia bagaimanapun menganggap kegagalan memenangi pingat di Tokyo 2020 ini bukanlah penamat kepada kariernya. Bahkan, dia ingin bangkit meraih lebih banyak kejayaan untuk negara pada edisi Sukan Olimpik serta di kejohanan lain yang akan datang.
“Ini Olimpik pertama saya dan saya perlu banyak berusaha dan benar-benar bersedia pada kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya semasa ditemuramah sejuruh tamat perlawanan.
Sentimen enggan mengaku kalah itu mengingatkan penulis kepada betapa kentalnya hati seorang jaguh badminton negara bernama Datuk Wira Lee Chong Wei. Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 itu tampil mempertahankan Zii Jia dan berpendapat dia telah memberikan yang terbaik dalam aksinya semalam.
“Lee Zii Jia, usah kecewa sangat. Ia merupakan satu persembahan yang bagus. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.
“Semalam game I rasa dari segi power, speed dan teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurangnya adalah (perasaan) cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah yang tidak cemas. Game saya semasa Olimpik pertama pun tidak kemas.
“Yang penting, bangkit semula dan teruskan usaha. Olimpik seterusnya 3 tahun saja (dari sekarang). Kejayaan anda bukanlah hilang tetapi hanya ‘ditangguhkan’ saja,” catat Chong Wei.
Seloroh beliau, mungkin Zii Jia boleh mula mencari lokasi latihan di Melaka setelah melihat atlet angkat berat, Hadilyn Diaz yang berlatih di Jasin Melaka berjaya menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama Filipina.
Chong Wei turut sempat memberikan ‘amaran’ kepada Chen Long untuk tidak menunjukkan wajahnya di Malaysia setelah dia mengecewakan harapan seluruh rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN : 8 Perangai Penyokong Malaysia Buat Tanpa Sedar Semasa ‘Cuak’ Tonton Badminton – REMAJA