OLIMPIK : Remaja 21 Tahun Jadi Pemenang Pingat Emas Pertama, ‘Self Service’ Di Podium

Share

Atlet remaja dari China, Yang Qian telah menjadi pemenang pingat emas pertama yang berdiri di atas podium kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ia sekaligus menjadikan China mendahului negara lain dalam ranking pingat dengan dua pingat emas (setakat jam 5.30 petang Sabtu).

Kemenangan yang diperolehi atlet berusia 21 tahun ini adalah menerusi acara rifle 10m wanita selepas dia mengenepikan saingan penembak Rusia, Anastasiia Galashina, tengah hari tadi. Bagaimanapun, kemenangan tersebut adalah tipis apabila mereka berdua hanya dibezakan dengan kutipan mata 0.7 saja.

Katanya Yang Qian, dia menyangkakan perlawanan akan berpihak kepada Anastasiia setelah dia merasakan tidak yakin pada pusingan terakhir.

Pada tembakan akhir, Yang Qian amat berdebar dan menunggu waktu yang lama sebelum membidik. Dia berjaya untuk kembali fokus dan akhirnya berpuas hati dengan keputusan hari ini. Yang Qian juga boleh berterima kasih kepada Anastasiia setelah tembakan terakhir atlet Rusia itu agak merosot.

*

Dalam norma baharu, Yang Qian mendemostrasikan cara pemenang dikalungkan pingat emas sepanjang Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Majlis penyampaian disempurnakan oleh pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) – dalam acara kali ini, ia diwakili oleh Presiden IOC sendiri, Thomas Bach.

Namun, Yang Qian perlu mengalungkan sendiri pingat emas yang diletakkan di atas dulang ke lehernya.

SOP baharu ini adalah di antara langkah-langkah Tokyo 2020 mengelakkan penularan wabak COVID-19. Para pemenang juga terpaksa mengambil sendiri jambangan bunga masing-masing dari dulang tersebut.

Bagi mana-mana acara bergandingan dan berpasukan pula, para atlet dibenarkan untuk saling mengalungkan semasa rakan sepasukan mereka.

Ibaratnya, pemenang perlu ‘self service’ bagi upacara penyampaian hadiah di podium. Jadi selepas ini, janganlah korang terkejut pula apabila menonton siaran secara langsung apa-apa acara sukan nanti.

Sedikit info menarik mengenai Yang Qian, dia agak berpengalaman di arena Sukan Olimpik setelah mula menyertai sejak berusia 10 tahun!

Pelajar tahun ketiga dalam jurusan Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Tsinghua, Beijing ini juga mewakili universitinya itu dalam acara menembak sekiranya tidak terlibat dengan kejohanan buat China.

Sumber Foto : (1)

Published by
FZ