Siapa sangka, biarpun belum mencecah usia 20-an, tiga orang peluncur remaja perempuan ini telahpun bergelar pemenang pingat Olimpik.

 

Berdiri megah di atas podium pada hari ketiga kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 merupakan tiga orang remaja perempuan belasan tahun yang berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa dalam acara sukan papan luncur ataupun skateboarding.

Kejayaan membanggakan ini hadir setelah ketiga-tiga mereka mempersembahkan aksi dan trik mantap di gelanggang sukan luncur yang terletak di Ariake Park, Tokyo.

Kilauan emas berpihak kepada peluncur berusia 13 tahun dari Jepun iaitu Momiji Nishiya.

OLIMPIK : Remaja Perempuan Berusia 13-16 Tahun Kuasai ‘Skateboarding’
Momiji Nishiya. Sumber Foto : SCMP

Remaja muda ini memastikan kemenangan licin pasukan Jepun dalam kategori Street untuk sukan papan luncur setelah acara lelaki turut dimenangi oleh Jepun, Ahad lalu menerusi Yuto Horigome, 22.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN :

Kejayaan berganda ini sekaligus memahat nama Momiji dan Yuto dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik musim panas apabila sukan tersebut dipertandingkan buat kali pertama.

Menurut laporan media di Jepun, ramai remaja perempuan yang menantikan aksi Momiji secara langsung di kaca televisyen mereka dan menyokongnya dari kediaman masing-masing.

OLIMPIK : Remaja Perempuan Berusia 13-16 Tahun Kuasai ‘Skateboarding’

Ads

Momiji membuktikan banyak perkara menerusi kemenangan Olimpik sulungnya ini; antaranya termasuklah usia hanyalah sekadar angka dan tiada perkara yang mustahil untuk dikecapi oleh remaja perempuan.

Dua lagi pencabar Momiji iaitu Rayssa Leal, 13 dari Brazil yang memenangi pingat perak dan Funa Yakayama, 15 dari Jepun yang berpuas hati dengan pingat gangsa juga seharusnya berbangga dengan diri mereka apabila masing-masing berjaya menamatkan saingan di hadapan atlet wanita lain yang berusia atas 20-an.

Ads
OLIMPIK : Remaja Perempuan Berusia 13-16 Tahun Kuasai ‘Skateboarding’
Dari Kiri : Rayssa Leal, Momiji Nishiya dan Funa Nakayama. Sumber Foto : EURO Sport

 

Sumber Inspirasi

Kisah peluncur wanita yang bertanding pada hari ini juga hangat diperkatakan di media Jepun.

Bukan saja Momiji, Rayssa dan Funa yang menjadi topik utama. Kisah pesaing mereka seperti Leticia Bufoni (Brazil) yang pernah dihalang ayahnya daripada terus meluncur apabila papan luncurnya dipatah dua wajar menjadi inspirasi kepada remaja lain agar tidak berputus asa mengejar minat. Korang boleh membaca surat yang dikirimkan Leticia kepada ayahnya seperti yang dilaporkan The Players Tribune ini. Memang best!

OLIMPIK : Remaja Perempuan Berusia 13-16 Tahun Kuasai ‘Skateboarding’
Leticia Bufoni. Sumber Foto : The Players Tribune.

Selain itu, atlet Kanada, Annie Guglia turut berkongsi kisahnya yang tidak mengenali mana-mana peluncur perempuan sebaya sepanjang 2 tahun penglibatan dalam sukan papan luncur; namun tetap bersemangat membaiki skil hingga bergelar atlet antarabangsa sekarang.

OLIMPIK : Remaja Perempuan Berusia 13-16 Tahun Kuasai ‘Skateboarding’
Annie Guglia. Sumber Foto : The Associated Press

Jelaslah, pengenalan sukan papan luncur pada edisi Sukan Olimpik di Tokyo kali ini telah membawa sinar baharu untuk sukan ini.

Penulis pasti, lebih ramai anak muda yang akan menyertainya pada masa akan datang terutamanya di kalangan remaja perempuan. Malah budaya meluncur juga tidak lagi akan dipandang rendah sebagai budaya jalanan semata. Ia kini diiktiraf sebagai sukan antarabangsa yang mampu mengubah nasib remaja di luar sana.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI