Tak sudah-sudah dengan isu produk tak sah, setiap tahun pasti ada saja produk atau jenama baru yang dikenal pasti.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sekali lagi menasihati orang ramai untuk TIDAK membeli dan mengguna 7 jenis produk kosmetik ini kerana ia dikenal pasti mengandungi kandungan beracun yang boleh memberi kesan.
Antara kandungan tersebut termasuklah Hydroquinone, Tretinoin dan Merkuri. Hishh! Walaupun REMAJA pun tidaklah arif mengenai bahan kimia, namun sah-sahlah bahan seperti Merkuri tu akan mengakibatkan kesan negatif.
Untuk pengetahuan orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan jadual di bawah:
Lantas, kesemua produk ini telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. Segala jenis penjualan dan pengedaran produk-produk ini juga melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Sekiranya didapati bersalah, penjual dan pengedar tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
“Jika masih degil, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
BACA: Senarai 162 Produk Yang Tidak Berdaftar Di KKM
***
Untuk pengetahun korang, sebaran produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Sebelum beli mana-mana produk, lebih baik korang rujuk dulu kepada laman web ini ataupun mendapatkan nasihat pakar seperti doktor, dermatologis atau ahli farmasi.
Sumber: Astro Awani