OMG Berseri Sangat! Fans Puji Rekaan Baju Nikah Dayah Bakar

Share

 

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pengacara Dayah Bakar telah menjadi milik orang!

 

Selebriti yang petah bercakap ini telah sah bergelar isteri kepada pegawai tentera berpangkat kapten, Muhammad Hanif Hamidi pagi tadi.

Jika semalam, Dayah telah diraikan dalam majlis berinai dengan memakai dress songket daripada pereka Wajie Ibrahim. Pereka fesyen itu berkongsi di dalam Instagram-nya tentang proses memilih konsep songket kuning, satu kelainan berbanding dress nikah selebriti lain pada tahun ini.

 

 

“Dayah tanya Wajie, malam berinai nak buat tema apa? Wajie cakap buat je ala keMelayuan, boring lah tengok Bollywood je. Wajie cakap songket lah sebab batik pun dah ramai sangat selebriti yang buat. Dayah terus on!” katanya yang juga mencadangkan Dayah untuk memilih kuning dan bukannya hijau.

 

 

Untuk majlis akad nikah pagi tadi di Ampang Hilir pula, Dayah memilih salah seorang daripada pereka kegemarannya Azura Couture.

“Saya memang kenal dengan kebolehan Azura. Dia memang berkebolehan dan tahu dengan minat serta citarasa. Kalau pilih Azura mesti siap pakai,” kata Dayah sebelum ini semasa bertemu dengan REMAJA.

 

 

Sementara itu, Azura juga menyifatkan sudah ibarat kakak-adik dengan Dayah sejak dia mula berkecimpung dalam bidang pengacaraan lagi.

“Saya ingat lagi Dayah pernah berkata, dia bukannya terkenal sangat tetapi ingin memakai Azura Couture semasa baru mengacara. Sejak itu, kami memang selesa dengan each other.

“Saya ambil masa sebulan untuk menyiapkan baju nikah Dayah dan Haniff. Tak banyak yang dimintanya, Dayah masih ingin menjadi diri sendiri pada hari nikah tapi dengan sedikit feature istimewa.

“Jadi saya gunakan teknik beading pada dress, manakala cape pada bahu kanan pula menambah rasa elegan,” kata Azura yang dihubungi REMAJA.

 

 

“Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Dayah dan Haniff, semoga berkekalan.” Azura juga ialah pereka fesyen untuk baju resepsi mereka berdua.

 

 

Sementara itu, para bridesmaids Dayah yang juga terdiri daripada selebriti, Heliza Helmi memilih pereka fesyen, Lisa Adam Official untuk menyiapkan pakaian mereka pada pagi. Sweet, simple dan memang kena dengan dekorasi dais pada pelamin nikah.

 

 

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan kepada Dayah Bakar dan Kapten Haniff Hamidi!

Kredit Foto: Instagram @saifulchin

Published by
FZ