
We are so undeserving..
Tapi itu tak bermaksud REMAJA tak teruja untuk menantikan kunjungan Shawn Mendes ke Axiata Area Bukit Jalil pada 5 Oktober kelak.
Penyanyi pop helok dan berbakat itu mengumumkan bahawa dia telah memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi di Asia bagi menjayakan ‘Shawn Mendes: The Tour 2019’. Shawn, 20 tahun juga dijangka akan melantunkan lagu popularnya daripada album Handwritten (2015), Illuminate (2016) dan Shawn Mendes (2018).
REMAJA dilaporkan bahawa tiket akan mula dijual pada 29 April ini dari jam 10 pagi, pada harga RM258, RM358 dan RM428 menerusi laman web prworldwidelive.com dan myticket.asia.
Sementara itu, korang juga boleh mendapatkan tiket presale yang dijual bermula 25 April ini dari jam 10 pagi.
Untuk mendapatkan tiket tersebut, korang perlu mengunjungi laman web ShawnAccess.com atau muat turun aplikasi ShawnAccess terlebih dahulu.
Selain Kuala Lumpur, Shawn juga memilih beberapa lagi negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina Singapura dan Thailand.
Neelofa Pesan Pada Bakal Mendirikan Rumah Tangga -“Hiduplah Dengan Kemampuan Suami”

Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah. Nabi SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Neelofa pesanan kepada individu yang ingin berkahwin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa apa yang dikatakan Neelofa itu ada benarnya kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikutb kehendak mereka dan bukannya kemampuan suami.
BACA LAGI : Sains Tulen Tak Relevan & Susah Dapat Kerja, Pilih Kursus Ada Aplikasi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Tak Pasal-Pasal Dia Kena Fitnah” Dihimpit Kontroversi Lagi, Pelakon Shahidan Izwan Bantu Bersihkan Nama Baik Aliff Aziz

Baru-baru ini, sebuah rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur dan ia kelihatan seperti di sebuah kelab malam telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi rakaman tersebut, pemuda yang dikatakan seperti penyanyi lagu popular Sayang Sayang itu mengenakan jaket jeans biru ditemani seorang wanita yang memakai baju berwarna merah. Sekali gus, ia menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata membuat andaian sendiri mengenai penyanyi tersebut.
Tampil membantu membersihkan nama baik Aliff daripada terus difitnah dan menjadi bualan warganet, pelakon meningkat naik, Ahmad Shahidan Izwan menerusi satu hantaran InstaStory menjelaskan keberadaan penyanyi tinggi lampai itu di kelab malam adalah kerana keria semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas
“Tak pasal-pasal dia kena fitnah, #kuakadkaudenganbismillah.
“Penat aku tulis dalam InstaStory yang kami sedang jalani penggambaran,” tulisnya yang turut memuat naik beberapa keping foto dan video bersama penyanyi itu di lokasi tersebut.
Difahamkan, Shahidan yang popular dengan naskhah 7 Hari Mencintaiku 2 itu merupakan antara yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.
Sempat REMAJA menjengah menerusi beberapa ciapan di Twitter, rata-rata warganet dan para peminat berharap Aliff tidak lagi mengulangi kesilapan lama dan menggunakan peluang yang diberikan sebelum ini untuk menjadi suami dan bapa dengan lebih baik.
Sebelum ini, penyanyi lagu Kalau Cinta itu pernah terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk isu curang dengan beberapa wanita.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri tercinta yang juga penyanyi, Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu dikurniakan sepasang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aliff Aziz & Shahidan Izwan
“Jangan Mandi, Mangsa Rogol Perlu Terus Ke Balai Polis” Bakal Peguam Ini Jelaskan Kenapa

Kes remaja diperkosa, dicabul dan dirogol oleh kekasih ataupun orang yang dekat dengannya semakin lama semakin diperkatakan secara terbuka. Baru-baru ini, ramai pengguna laman sosial seperti Twitter yang mulai berani untuk mendedahkan kisah mereka dan kisah orang lain yang pernah menjadi mangsa rogol untuk bacaan khalayak.
Lantas penulis tertanya kepada diri sendiri, apakah tindakan memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan di antara mangsa dan pelaku itu wajar sedangkan mereka tidakpun melaporkan kejadian ke pihak polis untuk siasatan?
Penulis mendapatkan respon naib juara program realiti Ratu Hijabista 2020 iaitu Qistina Sofia Binti Abdul Aziz atau Tina Aziz yang juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda Undang-Undang dari UiTM Shah Alam; mengenai isu ini.

“Adalah lebih baik sekiranya mangsa terus melaporkan kes tersebut ke pihak berkuasa. Dengan hanya memuat naik perbualan mesej di antara dua pihak di media sosial tidak akan membawa apa-apa kebaikan. Malah, tertuduh juga boleh membuka kes siasatan atas nama defamation terhadap mereka yang memuat naik tanpa bukti yang lebih sahih sama ada kes rogol itu benar-benar berlaku.
“Kes rogol ini sebenarnya adalah kes yang agak tricky. Bukan semua pihak memahami apa yang boleh dianggap sebagai rogol.
“Ia boleh diklasifikasikan sebagai rogol jika ada tindakan memasukkan anggota sulit lelaki ke dalam tubuh wanita. Sekiranya seorang perempuan menjadi mangsa cabul dan ramas tanpa sebarang penetrasi berlaku, itu tidak boleh dianggap sebagai rogol.
“Seperkara lagi, rogol ini banyak kaitannya dengan persetujuan (consent) dan serahan (submission). Perempuan yang memberikan persetujuan dianggap telah menyerahkan diri. Tetapi perempuan yang telah menyerah diri tidak semestinya telah memberi persetujuan.
“Seorang perempuan boleh menyerahkan dirinya untuk terlibat dalam hubungan sulit, namun TANPA persetujuan dari perempuan bagi penetrasi, seorang lelaki boleh didakwa atas tuduhan rogol,” jelas Tina yang telahpun menamatkan chambering.
Jangan Malu Buat Laporan
Beberapa hari lalu, Tina telah tertarik dengan satu tweet yang dimuat naik oleh seniornya, @tattyhassan yang kini bergelar peguam.
Menurut tweet tersebut, dia meminta agar mangsa rogol untuk tidak mandi atau membersihkan sebarang kesan pada badan mereka. Sebaliknya, si dia perlu terus ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Hhm, kenapa agaknya?
Jelas Tina, “Walaupun seseorang itu takut atau malu untuk membuat laporan, seharusnya mangsa terus ke balai polis kerana bukti kejadian masih ada pada badannya. Itu adalah bukti terbaik untuk mensabitkan seseorang pelaku. Dan sekiranya tiada ejakulasi berlaku dari pihak lelaki sekalipun, kita masih boleh mendapat bahan bukti dari sel mati, peluh dan air mazi pelaku.
“Tindakan terus membuat laporan dalam tempoh 24 jam ini akan membantu mangsa sebenarnya untuk mendakwa pelaku. Apa yang berlaku setelah laporan dibuat adalah, mangsa akan diiringi ke hospital bagi melakukan pemeriksaan. Setelah keputusan ujian DNA diambil, dakwaan di bawah kanun keseksaan 375 akan lebih kuat berpihak kepada mangsa. Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan,” tambahnya lagi.
Penulis sempat bertanya kepada Tina sebelum mengakhiri perbualan. Bagaimana jika mangsa hanya membuat laporan 2 ke 3 hari selepas kejadian berlaku? Adakah laporannya itu tidak ‘valid’?

Menurutnya, laporan apa-apa kes masih diambil dan kertas siasatan tetap dibuka. Cuma bukti kejadian yang boleh mangsa harapkan hanyalah pada rakaman CCTV serta siasatan hubungan di antara pelaku dan mangsa – sebagai contoh. Bukti kukuh yang ada pada tubuh mangsa tidak lagi boleh mereka terima.
“Sebagai perempuan, saya juga risau apabila melihat statistik purata 5 kes rogol yang dilaporkan berlaku di Malaysia pada setiap hari. Sekiranya ia berlaku kepada seseorang yang kamu kenali, dengarlah rintihan mangsa dan ajak dia untuk membuat laporan. Jadilah seorang yang memahami situasi mangsa dan usah menghukuminya,” kata Tina.
*
Untuk pengetahuan, sebelum ini Tina pernah berkongsi pengalaman diganggu oleh seorang lelaki ganjil di hotel tempatnya menetap.
“Lelaki Itu Ekori Saya Naik Lif Dan..” Naib Juara Ratu Hijabista ‘Dikacau’ Semasa Bercuti – REMAJA