Nak ke tak nak, lepak mamak?
Hhm, tak apalah Zizi. Kami tak nak makan supper selepas jam 10 malam lagi.
Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa pada 17 Julai lalu,persatuan itu telah memberi amaran mengenai bahana makan selepas jam 10 malam ataupun masuk tidur dengan perut penuh selepas makan lewat malam (supper).
Kata mereka, tabiat supper selepas jam 10 boleh meningkatkan risiko dua jenis kanser yang paling kerap dihadapi di seluruh dunia sebanyak 20%! Dua jenis kanser itu adalah kanser payudara dn kanser prostat.
Kajian ini juga disokong oleh laporan CNN yang mendapati, ada hubung kait yang kuat di antara risiko menghidapi kanser dan masa makan malam seseorang.
BACA: Mi Segera Bahaya Dimakan Sebab Ada Wax? Jom Rungkai Mitos Makanan
Para saintis telah bertemu 621 orang pesakit kanser prostat dan 1,205 pesakit kanser payudara. Hasil kajian, saintis mendapati kebanyakan para pesakit ini selalunya bekerja pada syif malam dan terlalu ‘longgar’ atau fleksibel dalam menetapkan jadual masa harian.
Ini bermakna, mereka cenderung untuk makan pada lewat malam sebelum tidur. Err aku lah tu!
Bagi penulis, bukanlah bermakna tak boleh mengambil supper sekali-sekala. Namun jangan jadikannya habit harian demi kesihatan masa depan okay.