OMG, akhirnya ia telah official!
Spekulasi berkenaan perkahwinan di antara Justin Bieber, 24 dan model Hailey Baldwin, 21 telah bertiup sejak bulan September lalu.
Namun kerana tiada bukti sijil kahwin, foto mahupun video yang boleh mengiyakan berita ini, peminat masih dalam mode tertanya-tanya.
Semalam, akhirnya Justin dan Hailey seakan-akan menunjukkan tanda telah bersedia untuk berkongsi berita baik itu.
Hailey melalui bio Instagram miliknya telah menukar namanya kepada Hailey Rhode Baldwin! Dalam posting terbaru pada dua hari lalu, beribu-ribu komen followers Hailey mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Pada masa yang sama, Justin memuat naik caption ‘My wife is awesome.’ lantas menjadikan situasi lebih panas! Gituu..
Sebelum ini, Justin pernah mengeluarkan statement panas seperti ‘Saya tak tahu bagaimana untuk mencintai insan lain selain Hailey.’ dan ‘Tak sabar untuk menghabiskan seluruh hidup saya bersama kamu.’
Terbaru, Justin berkata, “My heart is COMPLETELY and FULLY YOURS and I will ALWAYS put you first!”
Dan Hailey pula didapati memakai jaket dengan nama Bieber di belakangnya, pada awal minggu ini.
Haa, dah macam confirm je ni!
Apa pendapat korang?
Tersenarai Sebagai Belia Asia Berjaya Di Bawah Usia 30 Tahun, Shila Amzah Terima Anugerah Forbes 30 Under 30 2018
Semalam, berita baik untuk penyanyi yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah.
Dia yang popular dengan lagu Patah Seribu telah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi Selebriti (penyanyi) sekaligus meletakkan namanya tersenarai dalam kategori belia yang berjaya di bawah usia 30 tahun.
Apa yang bestnya bila disenaraikan oleh Forbes 30 Under 30 Ini? Award ini hanya diberikan kepada sebilangan anak muda terbaik dari Asia.
Untuk pengetahuan korang, untuk menang anugerah ini bukan mudah. Kena ada kriteria yang korang layak dicalonkan kerana anugerah ini menjulang belia yang berjaya pada usia bawah 30 tahun. Jumlah anak muda Asia pula terlalu ramai, 800 juta orang yang mana setiap satu punya cerita tersendiri.
Jadi bila dianugerah, ia adalah satu pencapaian terbaik yang pernah kita lakukan dan ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
Wow, amazingkan, jadi congratulation pada Shila Amzah.
Tapi selain dirinya, pengacara, ahli perniagaan dan juga pelakon, Neelofa sekali lagi tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang bersama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof dalam kategori yang sama untuk dua tahun berturut-turut.
Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes itu kini telah masuk tahun ketiga apabila mereka menyenaraikan 30 penerima berusia bawah 30 tahun dalam 10 kategori yang berbeza.
Apa yang pasti, Shila Amzah telah berkongsi berita gembira ini bersama peminatnya melalu entri di laman instagramnya sambil turut mengucapkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.
Dengan pencapaiannya itu, Shila berharap dia dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras demi mencapai impian.
“Ia satu penghargaan besar apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada Forbes 30 Under 30 Asia 2018.
“Dengan kejayaan ini, besar harapan saya bahawa diri saya telah memberikan inspirasi kepada belia. Kita semua mesti percaya bahawa impian mampu mampu menjadi kenyataan jika kita semua mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi,” katanya.
Malah kejayaan itu begitu dirasai peminatnya yang mengucapkan tahniah buat dirinya. Pada usianya 27 tahun, nama Shila sememangnya menjadi sebutan dalam industri muzik di China selepas menjuarai program nyanyian Asian Wave di Beijing pada 2012.
Dalam senaraian Forbes, Shila mempunyai 2.3 juta peminat di laman sosial Weibo dan sebagai seorang wanita beragama Islam, dirinya telah berjaya menggalakkan penerimaan agama di negara tembok besar tersebut.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 merangkumi 300 individu yang telah melakukan perubahan dalam bidang masing-masing antaranya seperti seni, bisnes dan kewangan.
Selain Shila, rakyat Malaysia lain yang turut tersenarai adalah Amira Geneid, pengasas jenama alat solek muslimah Zahara, dan Pengasas FatHopes Energy, Vinesh Sinha.
Bukan itu saja, dua anak muda yang juga pengasas agensi pelancongan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd iaitu Ammar Roslizar dan Ammar Shahrin turut tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang. Tahniah.
Raih Tempat Ke-2 & Ke-4 Dalam Peperiksaan ACCA! Danish Zafran, Amin Zulharis Harumkan Nama UiTM Di Persada Dunia!
Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kekal dengan reputasi cemerlang sebagai pusat pendidikan akauntan apabila dua penuntutnya baru-baru ini merangkul pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Menerusi perkongsian UiTM di laman Facebook rasminya, Danish Zafran Bazam (22) mengungguli kertas Advanced Financial Management (AFM) dan memperoleh tempat kedua di dunia manakala Amin Zulharis (21) meraih tempat keempat global dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Terdahulu, Danish Zafran telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah bagi kertas Performance Management (PM) pada Mac 2023, dan kejayaan itu diikuti dengan pencapaian cemerlangnya sekali lagi sebagai pemenang anugerah bagi peperiksaan September 2024 melalui kertas AFM.
BACA: Raih Tempat Ke-2 ACCA Dalam Dunia! Muhammad Fawwaz & Nur Ilhan Patut Dijadikan Contoh
“Walaupun sukar, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa menyambung pengajian ACCA adalah satu anugerah dan saya beruntung dapat belajar di UiTM”
“Saya percaya dengan keyakinan diri yang tinggi, usaha yang konsisten, fokus dalam sesi kuliah serta tidak segan bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya dalam kecemerlangan akademik,” katanya.
Sementara itu, Amin yang memulakan pengajian ACCA selepas SPM dengan menyertai program Foundation in Accountancy (FIA), mengakui bahawa cabaran terbesar yang dihadapinya adalah melawan rasa malas.
BACA: Minat Matematik, Hafizah 30 Juzuk Al-Quran Berjaya Raih Markah ACCA Tertinggi Di Dunia
“Saya sentiasa mengingatkan diri tentang tujuan saya untuk mengekalkan disiplin. Motivasi utama datang daripada kesedaran tentang kos tinggi untuk mengikuti kursus ACCA dan saya menghargai pengorbanan kewangan yang keluarga saya lakukan untuk pendidikan saya,” katanya.
Sekadar info, fakulti itu akan mengorak langkah bagi mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan negara kepada 60,000 orang menjelang 2030. Semoga pencapaian seperti ini menjadi contoh pada anda di luar sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Singapura Berjaya ‘Kantoikan’ Penipuan Peperiksaan O Level Ala Filem ‘Spy’
Peperiksaan O level di Singapura biasanya diduduki oleh pelajar berusia 16 tahun dan ke atas. Untuk memasuki kebanyakan universiti di negara itu, pelajar di sana wajib menjawab dan lulus peperiksaan tersebut.
Jadi, tidak hairanlah apabila timbul kes cubaan penipuan di kalangan pelajar.
Namun, istimewanya untuk kes penipuan yang satu ini, ia dikendalikan oleh seorang guru tuisyen (tutor) menggunakan gajet teknologi tinggi seperti telefon pintar, Bluetooth dan earphone bagi membantu 6 orang pelajarnya pada tahun 2016.
Sebagai balasan, para pelajar itu akan membayarnya deposit berkumpulan S$8,000 (RM23,700) dan tambahan S$1,000 (RM2,970) setiap seorang.
Bagaimana cara mereka menipu? Haa..
Perancangan ini dibuat oleh tertuduh bersama para pelajar dengan terperinci. Ala filem ‘spy‘ pun ada!
Tutor itu, Tan Jia Yan, menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian.
Pada masa yang sama, dia menghantar soalan peperiksaan menerusi aplikasi FaceTime kepada satu pihak lain, yang seterusnya menghubungi para pelajar dan membacakan jawapan.
6 pelajar terlibat pula membawa masuk telefon pintar, Bluetooth dan menggunakan earphone mirip warna kulit.
Plot penipuan itu terbongkar selepas pengawas peperiksaan terdengar bunyi yang ‘aneh’ daripada salah seorang pelajar terlibat.
Pelajar itu telah dipanggil selepas peperiksaan dan diminta menanggalkan ves yang dipakainya.
Tengok-tengok…telefon bimbit, peranti Bluetooth dan fon telinga telah ditemui.
Tiga suspek lain ialah pengetua pusat tuisyen, Poh Yuan Nie; tenaga pengajar lain, Fiona Poh Min dan Feng Riwen.
Wang itu difahamkan, akan dikembalikan jika para pelajar itu gagal dalam peperiksaan.