Foto dan video wakil Miss Universe Kanada 2021 yang baru saja dinobatkan pada minggu telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat pertandingan ratu cantik sedunia.
Perdebatan ini bukan disebabkan oleh pemilihan pemenangnya.
Wakil yang dipilih iaitu Tamara Jemuovic sememangnya cantik dan mempunyai kerjaya sebagai model profesional bagi jenama besar. Wanita yang berasal dari Toronto, Kanada ini juga bijak dan memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti of Hawaii dan boleh bertutur dalam 6 bahasa berbeza!
Like, wow.
Akan tetapi, perkara yang mencetuskan perdebatan itu adalah disebabkan tiara yang dipakai oleh Tamara ketika diumumkan sebagai Miss Universe Kanada 2021.
Dalam foto yang telah dimuat naik oleh Miss Universe Kanada menerusi media sosial rasminya, Tamara dilihat memakai tiara mirip tiara Mikimoto yang dimiliki oleh organisasi Miss Universe.
Apabila melihat foto tersebut, ramai yang mula mengorek info mengenai sebab utama Tamara memakai tiara itu.
Rupa-rupanya, Tamara sebelum ini pernah memenangi Miss International Kanada dan pada waktu itu, dia dipakaikan ‘tiara Mikimoto’ tersebut.
Tidak lama selepas itu, Tamara diberitahu bahawa dia telah ditukarkan peranan sebagai wakil Miss International Kanada dan kini akan mewakili Kanada ke Miss Universe 2021 yang dijadualkan berlangsung di Israel hujung tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe 2021 Di Israel. Berapa Banyak Negara Bakal Boikot Acara Ini? – REMAJA
Great, we are happy for you!
Semua gadis inginkan peluang sedemikian. Pertukaran peranan dan pertandingan juga sebenarnya adalah perkara biasa dalam dunia ratu cantik. Lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik sekarang, kebanyakan negara tidak lagi mengadakan pertandingan khas untuk setiap gelaran. Demi menjimatkan bajet dan demi keselamatan semua pihak, banyak saja negara yang memilih para pemenang dan peserta yang pernah mengikuti pertandingan ratu cantik di sana sebagai wakil negara itu ke peringkat antarabangsa.
Namun, setelah Tamara dinobatkan sebagai wakil Kanada ke Miss Universe 2021, dia dilihat MASIH memakai ‘tiara Mikimoto’!
Kami ingin jelaskan lah mengapa tiara ini membawa maksud yang sangat mendalam hingga boleh mencetuskan perdebatan seperti ini.
Tiara Mikimoto ini adalah ikonik dan pernah dianggap sebagai tiara Miss Universe tercantik yang pernah dihasilkan. Ia juga menjadi kegemaran dan idaman semua peserta pertandingan Miss Universe sejak ia diperkenalkan pada tahun 2001 di mana pemakai pertamanya ialah Denice Quinones dari Puerto Rico.
Setiap tahun selepas itu, para peserta yang mewakili negara masing-masing ke Miss Universe akan berharap agar organisasi Miss Universe akan mengembalikan tiara Mikimoto yang pernah diserahkan kepada bekas pemenangnya seperti Jennifer Hawkins (Australia – 20004), Riyo Mori (Jepun – 2007), Dayana Mendoza (Venezuela – 2008), Demi Leigh Tebbow (Afrika Selatan – 2017) dan Catriona Gray (Filipina – 2018) dan beberapa pemenang bertuah lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Evolusi Mahkota Miss Universe Selama 65 Tahun, Mana Satu Paling Menawan? – REMAJA
BACA LAGI : Tiara Terbaru Miss Universe Bernilai $5 Juta! Tapi Ada Yang Samakan Dengan.. – REMAJA
Sehingga kini, organisasi Miss Universe Kanada masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengapa Tamara dipakaikan dengan tiara mirip Mikimoto.
Tentunya, kami tidak menyalahkan Tamara.
Sebagai pemenang, dia tidak tahu menahu mengenai tiara yang disediakan oleh pihak organisasi. Dia hanya memakainya setelah diumumkan sebagai wakil Kanada. Namun bagi pihak organisasi, bukankah sepatutnya mereka lebih sensitif terhadap isu ini?
Mereka menghantar seorang wakil yang dipakai tiara ‘ciplak’ ke sebuah pertandingan ratu cantik yang merupakan pemilik sebenar rekaan tiara tersebut. That is so messed up. Sentimen sama rata-rata dirasai oleh peminat pertandingan ratu cantik.
*
Kontroversi dunia ratu cantik ini bukanlah kontroversi pertama yang dicetuskan oleh organisasi Miss Universe Kanada. Pada edisi 2020, tiara yang diberikan kepada pemenangnya pada waktu itu, Nova Stevens kelihatan mirip tiara ‘Mouwad’ yang dimenangi oleh Miss Universe 2019 dari Afrika Selatan, Zozibini Tunzi!
Pada pertengahan tahun pula ketika Nova Stevens mewakili Kanada ke Florida, AS di Miss Universe 2020, organisasi Kanada telah menerima kecaman akibat isu gaun malam yang direka khas untuk Nova oleh pereka fesyen berdarah Filipina, Michael Cinco.
Menerut Cinco, organisasi tersebut langsung tidak berterima kasih kepadanya setelah menaja bukan satu tetapi DUA gaun eksklusif untuk disarungkan oleh Nova. Malah, wakil Nova iaitu MGmode Communications juga berani memuat naik status di Facebook rasmi organisasi Miss Kanada bahawa kononnya pereka fesyen itu cuba mensabotaj peluang Nova untuk menang dengan memberikan gaun yang tidak terletak kemas pada badan Nova.
*
Jelas, Miss Universe Kanada tidak pernah belajar daripada kesilapan lampau. Ibaratnya, mereka seperti dahagakan perhatian negatif seperti ini agar semua orang bercakap mengenai Miss Universe Kanada.
Harapnyalah, isu-isu remeh seperti ini tidak akan berlaku kepada organisasi Miss Universe Malaysia kita sendiri. Adalah penting untuk Malaysia menjadi original tidak kiralah sama ada kita belum pernah memenangi gelaran Miss Universe tersebut dalam sejarah penyertaan kita.