Omicron, Varian Dengan 32 Mutasi Protein. Lebih Bahaya Dan Berisiko Cetus Pandemik 2.0

Share

Lepas satu, satu varian yang muncul di muka bumi ini yang mengancam nyawa manusia. Baru-baru ini tular mengenai isu kemunculan varian baharu Covid-19 yang mula di kesan di Afrika.

Foto Via BBC

Baru sahaja ekonomi Malaysia mula merancak, terkini WHO pada Jumaat lepas mengklasifikasikan varian terbaharu virus SARS-CoV-2 B.1.1.529, kini dengan nama Omicron, sebagai “Variant of Concern” (VOC). Malah ia membimbangkan dunia kerana dikatakan varian tersebut berpotensi  menyebabkan vaksin menjadi kurang efektif.

Menurut Sajid Javid selaku Setiausaha Kesihatan, varian yang digelar B.1.1.529 itu mempunyai lonjakan protein yang jauh berbeza berbanding virus Corona sebelum ini. Varian terbaru ini dikatakan lebih mudah berjangkit berbanding varian-varian lain dan ia mempunyai daya mutasi untuk mengelak dari tindak balas imun yang dijana oleh jangkitan dan vaksinasi terdahulu.

Foto Via The Guardian.Com

Omicron pandemik

Pakar epidemiologi, Dr. Eric Feigl-Ding dari Kesatuan Saintis Amerika Syarikat memaklumkan Omicron ‘agak serius’ dan berisiko mencetuskan Pandemik 2.0 di sana.

1. Omicron merujuk kepada strain baru B.1.1.529 yang pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan.

2. Varian tersebut mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan gelombang teruk di India.

3. Pakar epidemiologi, Dr. Eric Feigl-Ding dari Kesatuan Saintis Amerika Syarikat berkata varian Omicron menjangkiti mereka yang divaksinasi. Malah ia juga didapati menjangkiti bekas pesakit COVID-19 atau Covid Survivor. Omicron dilaporkan ‘agak serius’ dan berisiko mencetuskan Pandemik 2.0.

4. Setakat ini, negara Afrika Selatan, Botswana, Hong Kong, Belgium, United Kingdom, Jerma, Itali, Denmark, Australia, Netherlands dan Israel telah dilaporkan kes varian Omicron.

Ketika ini, KKM ketika ini belum dapat memastikan tahap keupayaan vaksin dan ubat sedia ada dalam usaha mengekang varian Omicron. KKM juga tidak menolak kemungkinan bahawa penerima dos penggalak vaksin COVID-19 pula akan diletakkan di bawah kategori lengkap vaksinasi.

Memetik sumber Awani, menterinya Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu dalam pertimbangan dan akan diputuskan selepas Malaysia melihat dan menilai pengalaman negara-negara lain yang telah melaksanakan langkah tersebut.

Saranan WHO untuk melawan Omicron

Langkah paling berkesan untuk melawan Omicron adalah sama seperti yang sudahpun anda amalkan sekarang. Antara yang disenaraikan adalah:

  1. Penjarakan 1 meter antara individu
  2. Pemakaian pelitup muka
  3. Tambah baik pengudaraan ruang tempat tinggal
  4. Sentiasa basuh tangan
  5. Dapatkan vaksin secepat mungkin

Allahu….moga kita semua dilindungi dari varian bahaya pembawa maut ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Awani,WHO2

 

Published by
Nana