Lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke London pada minggu ini telah menyaksikan momen persilangan budaya pop antarabangsa yang paling penting dalam sejarah industri hiburan K-pop.
Ini setelah kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Rosé, Lisa dan Jisoo menjadi kumpulan gadis pop pertama dari Asia yang dijemput untuk menjejakkan kaki ke Istana Buckingham. Kali terakhir sebuah kumpulan gadis pop diiktiraf sebegitu rupa adalah pada tahun 1997 menerusi Spice Girls yang mencipta fenomena pada waktu itu.
Dalam ucapan Raja Charles sewaktu acara santapan berlangsung, baginda mengangkat sumbangan kumpulan Blackpink khususnya kepada kerajaan dan budaya Korea Selatan di peringkat antarabangsa. Malah, baginda juga sempat menyebut keempat-empat nama ahli kumpulan itu dalam ucapannya. Wow!
Bukan setakat itu, baginda juga memuji sumbangan Blackpink terhadap usaha mengangkat kelestarian alam sekitar.
“it is especially inspiring to see korea’s younger generation embrace the cause. i applaud jennie, jisoo, lisa and rosé, better known collectively as blackpink, for their role in bringing the message of environmental sustainability to a global audience as ambassadors…” pic.twitter.com/caoPth2yGE
“Beta memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai Blackpink, di atas peranan mereka dalam menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global sebagai duta untuk Presidensi COP 26 U.K; dan kemudiannya sebagai wakil untuk U.N. (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) Matlamat Pembangunan Mampan,” titahnya.
Selain Blackpink, Raja Charles turut memuji sumbangan Korea Selatan kepada budaya Britain termasuklah populariti drama bersiri Squid Games, kumpulan BTS dan naskah filemografi Bong Joon-ho.
Kehadiran Blackpink di Istana Buckingham juga mengujakan para peminat mereka, Blinks di seluruh dunia disebabkan stail busana eksklusif yang disarungkan oleh setiap ahli.
Tampil memperagakan gaun hitam bertekstur lengan puff dan clutch daripada koleksi resort 2024 Christian Dior, Jisoo kelihatan cukup elegan bak kerabat diraja.
Sementara itu, Rosé yang dilihat sempat berbual dengan Raja Charles selepas acara santapan memakai gaun baldu hitam tanpa tali untuk dipadankan dengan aksesori rambut bow pada rambutnya.
Ads
Jennie pula tampil berbeza daripada ahli kumpulannya dalam busana serba putih berlengan panjang. Biarpun kelihatan agak ringkas, tetapi ia sinonim dengan estetika Jennie disebabkan potongan off-the-shoulder.
Tidak ketinggalan Lisa, satu-satunya ahli yang memilih busana berwarna terang daripada Georges Hobeika. Gaun jenis tulle bermanis yang dipadankan dengan tumit tinggi platform emas matelik itu membuatkan penyanyi lincah itu cukup menyerlah dan ramai membandingkan pesona Lisa dalam busana ini dengan Princess of Wales, Kate Middleton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Soompi, Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Februari lalu penulis pernah membuat liputan mengenai kemenangan wanita berusia 27 tahun ini. Engfa Waraha merupakan seorang peserta pertandingan realiti nyanyian The Voice sebelum berjaya mengungguli dunia ratu cantik apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Krung Thep Maha Nakhon @ Bangkok 2022.
Nampaknya rezeki memihak kepada dirinya sekali lagi apabila dia diangkat sebagai juara baharu Miss Grand Thailand 2022. Dalam acara yang berlangsung meriah di SHOW DC Hall di Bangkok pada Sabtu, Engfa berjaya mengalahkan 76 peserta lain.
Sejurus selepas dimahkotakan, wanita bersuara merdu ini membuat dedikasi khas di laman Instagram. Ujarnya, “Saya sangat bangga dengan diri saya kerana akhirnya berjaya menghadiahkan mahkota emas ini kepada ibu. Terima kasih juga kepada En. Nawat kerana percaya dengan diri ini. Anda melihat potensi yang mana ramai tidak mampu melihatnya.
“Saya tidak akan berhenti memajukan diri dan saya akan melakukan yang terbaik sebagai Miss Grand Thailand 2022. Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Akhir sekali terima kasih kepada keluarga kerana menjadi sumber kekuatan dan juga memberi energi positif setiap masa.”
Menjadikan kemenangannya lebih manis, tahun ini merupakan tahun kesepuluh pertandingan itu diadakan dan ia disambut dalam suasana penuh gemilang. Pada malam itu dia dimahkotakan oleh Miss Grand Thailand 2021, Indy Johnson. Seiring dengan kemenangannya, Engfa bakal mewakili negara gajah putih itu di peringkat antarabangsa yang bakal mengambil tempat di Bali, Indonesia
Berdiri dengan ketinggian 170 cm, dia kini berada di tahun keempat pengajian ijazah Sarjana Muda di Universiti Valaya Alongkorn Rajabhat. Wanita anggun ini menonjolkan gabungan bakat, kecantikan dan keanggunan, yang menjadikannya perwakilan yang kuat untuk Thailand di platform antarabangsa.
Sepanjang pertandingan berlangsung, Engfa bukan sahaja memenangi gelaran utama, bahkan dia juga menjadi pemenang kepada dua gelaran kecil yang lain iaitu Miss Photogenic dan Best Skin Award.
Selain dirinya, empat lagi peserta yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik ialah Amanda Jensen, Thanawan Wigg, Nesa Mahmoodi dan Suphatra Kilangprom. Mereka masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga, keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekiranya kamu mengalami keguguran rambut sehingga menyebabkan botak, bengkak, dan gumpalan rambut gugur, itu tandanya kamu harus berjumpa doktor atau pakar dermatologi.
Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.
Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.
Bahan-bahan
Santan dari satu atau setengah biji kelapa
Isi aloevera
Minyak zaitun – jika suka
Cara membuatnya
Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.
Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
Amalkan setiap hari.
Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.
Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.
Untuk Info Dipetik American Academy of Dermatologists, keguguran rambut 50 hingga 100 helai setiap hari adalah normal. Bagi orang yang mempunyai rambut lebih panjang, kegugurannya mungkin lebih ketara.
Kalau lebih dari itu, ada semething wrong somewhere dengan rambut kamu yang perlu diberi perhatian lebih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda, dengan hanya menggunakan kulit pisang boleh mengatasi masalah kulit yang berjerawat.
Caranya mudah saja,
Ambil kulit pisang yang sudah bewarna kuning kemudian letakkan pada kawasan jerawat. Biarkan selama beberapa minit sehingga kulit pisang tersebut berubah menjadi coklat sedikit. Kemudian, usap-usap bahagian bermasalah itu dengan kulit pisang selama 2-5 minit secara pelahan-pelahan.
Selepas itu, biarkan selama satu jam tanpa di bilas. Hal ini kerana, kulit pisang mampu menghilangkan infeksi pada kulit. Kemudian barulah kamu cuci dengan air. Lakukan pekara ini beberapa kali sehingga kulit kemerahan reda. Selepas jerawat pecah, jangan risau tentang bekasnya. Kerana fungsi kulit pisang mampu mengelakkan kulit kamu berbekas akibat jerawat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...