BLACKPINK In Your Area!
Lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke London pada minggu ini telah menyaksikan momen persilangan budaya pop antarabangsa yang paling penting dalam sejarah industri hiburan K-pop.
Ini setelah kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Rosé, Lisa dan Jisoo menjadi kumpulan gadis pop pertama dari Asia yang dijemput untuk menjejakkan kaki ke Istana Buckingham. Kali terakhir sebuah kumpulan gadis pop diiktiraf sebegitu rupa adalah pada tahun 1997 menerusi Spice Girls yang mencipta fenomena pada waktu itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bertentang 4 Mata, Ini Penjelasan Bagaimana Rose BLACKPINK Boleh Sebilik Dengan Wan Azizah
Dalam ucapan Raja Charles sewaktu acara santapan berlangsung, baginda mengangkat sumbangan kumpulan Blackpink khususnya kepada kerajaan dan budaya Korea Selatan di peringkat antarabangsa. Malah, baginda juga sempat menyebut keempat-empat nama ahli kumpulan itu dalam ucapannya. Wow!
Bukan setakat itu, baginda juga memuji sumbangan Blackpink terhadap usaha mengangkat kelestarian alam sekitar.
“Beta memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai Blackpink, di atas peranan mereka dalam menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global sebagai duta untuk Presidensi COP 26 U.K; dan kemudiannya sebagai wakil untuk U.N. (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) Matlamat Pembangunan Mampan,” titahnya.
Selain Blackpink, Raja Charles turut memuji sumbangan Korea Selatan kepada budaya Britain termasuklah populariti drama bersiri Squid Games, kumpulan BTS dan naskah filemografi Bong Joon-ho.
Kehadiran Blackpink di Istana Buckingham juga mengujakan para peminat mereka, Blinks di seluruh dunia disebabkan stail busana eksklusif yang disarungkan oleh setiap ahli.
Tampil memperagakan gaun hitam bertekstur lengan puff dan clutch daripada koleksi resort 2024 Christian Dior, Jisoo kelihatan cukup elegan bak kerabat diraja.
Sementara itu, Rosé yang dilihat sempat berbual dengan Raja Charles selepas acara santapan memakai gaun baldu hitam tanpa tali untuk dipadankan dengan aksesori rambut bow pada rambutnya.
Jennie pula tampil berbeza daripada ahli kumpulannya dalam busana serba putih berlengan panjang. Biarpun kelihatan agak ringkas, tetapi ia sinonim dengan estetika Jennie disebabkan potongan off-the-shoulder.
Tidak ketinggalan Lisa, satu-satunya ahli yang memilih busana berwarna terang daripada Georges Hobeika. Gaun jenis tulle bermanis yang dipadankan dengan tumit tinggi platform emas matelik itu membuatkan penyanyi lincah itu cukup menyerlah dan ramai membandingkan pesona Lisa dalam busana ini dengan Princess of Wales, Kate Middleton.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Kali Princess of Wales, Kate Middleton Tampil Bak Primadona Hollywood Dengan Gaun Elegan – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Soompi, Getty Images