Pelakon, model dan pengacara terkenal, Scha Alyahya membuat kejutan apabila tampil pada hari ketiga berlangsungnya Festival Filem Venice 2023 di Venezia, Itali, baru-baru ini
Ikon fesyen tanah air itu diterbangkan sendiri oleh jenama solekan antarabangsa, Armani Beauty untuk menghadiri Festival Filem Venice ke-80 bagi berjalan di karpet merah dan menyokong tayangan filem Poor Things.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya dilihat berjalan di permaidani merah dalam persalinan gaun putih serta aksesori sarung tangan telus pandang hasil sentuhan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam.
ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Betul! Scha Alyahya Bergabung Semula Dengan BONIA Untuk Detik Bersejarah Jenama Itu
Bahagian atas gaun itu direka eksklusif menyerupai siluet kimono dan ia dipadankan dengan skirt labuh berpotongan duyung. Memang glamor sangat!
Jelaslah, kecantikan raut paras Scha Alyahya sebagai wakil jenama terkenal itu merupakan salah satu faktor yangmenyerlahkan lagi rekaan gaun serba putih ini. Namun yang lebih menyerlah adalah keyakinan Scha berhadapan situasi karpet merah yang dihadiri selebriti antarabangsa, jenama media terkenal dan ramai lagi individu penting.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut mengekspresikan kekaguman mereka terhadap penampilan fashionista tersebut.
“Letupnya hampaaaaa….” komen Rozita Che Wan
“Terlalu cantik sis,” komen Shalma Aina.
“Bidadari mana entah,” seloroh Awal Ashaari, suami kepada aktres tersebut.
“Terlalu cantik, sending you love,” komen Nora Danish.
Tidak sabar untuk Scha terus melebarkan sayap sebagai fesyenista di acara-acara antarabangsa seterusnya.
BACA LAGI: Scha, Neelofa & Dr Amalina Antara ‘Superwoman’ Yang Diiktiraf Malam Ini Oleh NONA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Scha Al-Yahya