Sejak mula digosipkan selepas acara American Music Awards pada November 2015, Zayn dan Gigi pernah berdepan dengan beberapa siri putus-kembali semula sama seperti pasangan lain.
Namun, tak kiralah apa juga halangan yang mereka hadapi atau berapa lama pun tempoh mereka putuskan hubungan, Zayn dan Gigi pasti akan menemui cara untuk kembali bersama.
Mereka pernah putus untuk beberapa hari selepas berdepan situasi salah faham pada Jun 2016. Kali kedua mereka berenggang semula adalah pada Mac 2018 dan kali ini, semua orang terkejut dengan berita tersebut.
Zayn dan Gigi mengambil masa 3 bulan sebelum penyanyi Pillow Talk itu kembali menjalin relationship
bersama Gigi.Januari 2019, urghh mereka dilaporkan ‘mengambil masa untuk tidak bersama’ dan beranggapan tempoh itu penting bagi hubungan ini kembali ceria.
And guess what, it took them a whole year before getting back together.
Pada Disember tahun lalu, Zayn dan Gigi menyambut Hari Natal dan Tahun Baru sebagai pasangan.
Panjang betul history di antara dua orang yang sama cantik sama padan ini, bukan?
Kira-kira sebulan saja tinggal sebelum Gigi dan Zayn meraikan kelahiran anak sulung mereka. All the best kepada mereka dan TBH, kita boleh belajar dari cara Zayn dan Gigi menyelesaikan masalah yang timbul di antara mereka sepanjang 5 tahun bersama.
Walaupun Zayn dan Gigi meluangkan masa berjauhan setelah putus, tetapi cinta mereka masih kekal. Hati mereka tidak sesekali berubah arah kepada orang lain. Tidak pernah terlintas untuk mereka mencari pengganti walaupun pelbagai khabar angin yang mengaitkan mereka berdua dengan selebriti lain berterbangan.
Dan disebabkan oleh rasa cinta itulah, Gigi tidak pernah berhenti untuk menyokong karier Zayn dan Zayn juga begtu terhadap Gigi. Mereka mungkin tidak bergelar pasangan, tetapi mereka masih berhubungan secara kasual without trying too hard.
Mereka faham masing-masing memerlukan ruang sementara waktu.
Zayn dan Gigi merupakan family persons. Ini amat jelas setelah mereka tidak teragak-agak untuk membawa pasangan berjumpa dengan keluarga masing-masing terutamanya semasa musim perayaan. Gigi pernah terbang ke India semasa perayaan Aidiladha manakala Zayn pernah menghabiskan masa di rumah keluarga Gigi sewaktu Hari Natal.
Malah semalam, Gigi dikatakan telah bersama keluarga Zayn sempena Aidiladha & memuat naik foto ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Cara Gigi Hadid Sambut Aidiladha
Okay ini mungkin tip hubungan yang paling penting. Ibu mereka, Yolanda Hadid dan Trisha Malik pernah bertemu untuk menyambut musim percutian dengan mereka berdua pada September 2017. Ini bermakna kedua-duanya merestui hubungan ini.
Kita sendiri tidak tahu apakah punca sebenar Zayn dan Gigi kerap on-off kerana mereka berdua tidak pernah berkongsi masalah peribadi dengan sesiapa. Walaupun mempunyai jutaan peminat, kedua-duanya tidak pernah menuduh kesalahan pasangan di media sosial selepas putus.
Malah, Zayn sempat lagi memuji Gigi selepas putus pada Mac 2018. “Saya dan Gigi mempunyai hubungan yang sangat manis dan bermakna; dan saya mempunyai rasa hormat ke atas Gigi sebagai seorang perempuan dan seorang kawan. Dia mempunyai jiwa yang besar dan baik.”
*
Senang cerita, Zayn Malik dan Gigi Hadid mempunyai sejarah yang terlalu banyak bersama. #RelationshipGoals