One Republic Lakukan Tribute Kepada Avicii, Ini 4 Lagi Momen Menarik Dari Konsert Kuala Lumpur

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

They came, and they definitely conquered!

 

Semalam merupakan konsert kedua yang pernah dipersembahkan oleh One Republic di Malaysia dan ternyata, mereka tidak mengecewakan.

Dibawakan khas oleh WGM Entertainment, One Republic yang diterajui oleh vokalis dan songwriter, Ryan Tedder berjaya menghiburkan penonton dengan 18 buah lagu di Stadium Merdeka. Bertemankan langit jingga pada waktu malam, antara lagu yang sempat dinyanyikan oleh mereka termasuklah Stop & Stare, Secrets, Good Life, Feel Again, Something I Need, If I Lose Myself dan Counting Stars.

REMAJA telah kumpulkan 5 perkara menarik yang berlaku sepanjang konsert satu jam setengah semalam. Yang penting kami puas!

 

* * * * *

01

“Apa Khabar Malaysia”

Seperti kebiasaan apabila penyanyi dan band antarabangsa melakukan konsert tour di Kuala Lumpur, mereka pasti tidak akan terlepas daripada cuba bercakap dalam Bahasa Malaysia. Selepas menyanyikan lagu Stop & Stare dan Secrets, vokalis One Republic iaitu Ryan Tedder sempat mengucapkan “Apa khabar” dan “Aku sayang kamu”

Ryan sempat berkongsi pengalaman mereka dahulu di Kuala Lumpur semasa negara kita dilanda musim hujan. “Kami sudah lama tidak kembali ke KL. Kali terakhir kami di sini, Malaysia dilanda monsun dan hujan tidak henti-henti turun. Saya tidak dapat ke mana-mana kerana hari hujan.”

 

* * * * *

02

KL Antara Bandar Kegemaran One Republic

Ryan juga mengakui bahawa Kuala Lumpur ialah sebuah bandaraya yang menarik!

This city is amazing! Kami telah cuba untuk ke banyak tempat sepanjang dua hari ini dan pagi esok (hari ini), kami akan terus pergi ke beberapa buah tempat lagi.”

“Kamu patut lihat pemandangan kami dari pentas ini. Ada Menara Berkembar Petronas di hadapan kami and there is this huge, I do not know what it is called but it looks like Toronto, Kanada,” katanya. Ryan sebenarnya merujuk kepada Menara PNB yang sedang dibina bersebelahan dengan Stadium Merdeka.

This is gorgeous right now.”

 

* * * * *

03

Album Seterusnya Keluar Pada Bulan Hadapan?

O-M-G. Dengan tidak semena-menanya, Ryan berkata album baru One Republic mungkin akan keluar dalam masa terdekat. Maybe even as soon as next month

!

“Kami telah mengambil masa rehat dan menulis banyak lagu dalam tempoh 5 ke 6 bulan kebelakangan ini. Kami telah melakukan persembahan secara berterusan selama 10 tahun berturut-turut dan pada tahun kesepuluh itu (tahun lalu), we just ran out of fuel. We needed that break.

“Namun, masa rehat itu amat diperlukan untuk kami kembali menulis lagu baru. Malah, kami juga sempat menulis 2 buah lagu di Kuala Lumpur pada kali ini!

“Mungkin, kamu akan mendengar berita baik daripada One Republic, bulan hadapan.”

 

* * * * *

04

Tribut Kepada Avicii

Semua orang masih terkejut dengan kematian Tim Bergling yang lebih dikenali dengan nama pentasnya, Avicii.

Sebagai penulis lagu dan produser, Ryan turut terkesan dengan insiden tersebut. Dia mengambil kesempatan pada konsert semalam untuk menyanyikan lagu Wake Me Up oleh Avicii secara akustik dengan dentingan piano dan gesekan celo saja.

Selain Wake Me Up, One Republic juga sempat menyanyikan lagu ciptaan Ryan sendiri untuk Beyonce iaitu Halo!

 

* * * * *

05

‘Born To Race’

Single paling terbaru yang dipersembahkan oleh One Republic semalam sebenarnya bukanlah dari album terbaru mereka Oh My My.

Namun, ia adalah single yang ditulis dan dinyanyikan khas untuk permainan video Need For Speed terbaru berjudul Born To Race.

“Ketika saya berusia 13-14 tahun, saya mula sukakan permainan video dan Need For Speed adalah satu daripadanya. Kami sendiri suka meluangkan masa di dalam bas jelajah di England, Australia dan US dengan bermain permainan video.

“Saya tidak pernah terfikir yang pencipta Need For Speed akan meminta kami mencipta lagu tema bagi versi terbaru mereka. We don’t usually do commercial songs like this, but this is an exception.”

Published by
FZ